26 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Guru Juga Mampu Bermimpi Besar, Bawa Nama Negara Ke Pentas Dunia’ – Taanusiya Chetty

    Shopee Sale

    Taanusiya Chetty yang berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Miss World Asia, menganggap pencapaian tersebut sebagai satu anugerah besar kerana berpeluang membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

    Artikel Berkaitan: Dari Lahad Datu Ke Miss World 2026, Azmier Hisyamuqris Buktikan Impian Anak Kampung Tiada Batas

    Taanusiya luah rasa syukur

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Taanusiya meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pencapaian yang diraihnya.   

    Malah, pencapaian itu membuktikan bahawa kerjaya dalam bidang pendidikan bukanlah penghalang untuk seseorang mengejar impian dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

    Sejauh ini saya dapat membawa nama negara adalah satu anugerah yang sangat besar. 

    Sekarang, saya cuma berharap lebih ramai percaya bahawa seorang guru juga mampu bermimpi besar, melangkah jauh dan membawa nama negara ke pentas dunia.

    Dalam pada itu, Taanusiya turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan kepercayaan sepanjang perjalanan tersebut.

    Dengan sepenuh hati, untuk Be.The.Change_MY segala yang saya perjuangkan, saya lakukan kerana percaya bahawa perubahan bermula dengan satu langkah kecil.

    Terima kasih semuaa kerana percaya pada saya. Ini bukan hanya tentang sejauh mana saya pergi, tetapi tentang sejauh mana kita boleh membawa perubahan bersama.

    Untuk info, Miss World 2026 menyaksikan gelaran juara menjadi milik Joheirry Mola Dominguez dari Republik Dominikan manakala Elisabeth Reynes Alabern dari Sepanyol menduduki tempat kedua.

    MENARIK:  [VIDEO] Hisyam Hamid Selesa Hidup Solo, Anggap Gelaran Duda ‘Hot’ Sebagai Pujian – ‘Apa Yang Penting, Saya Tahu Jaga Diri’

    Sumber: Threads

    The post ‘Guru Juga Mampu Bermimpi Besar, Bawa Nama Negara Ke Pentas Dunia’ – Taanusiya Chetty first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah