Misteri kehilangan seorang gadis di Jawa Tengah, Indonesia sejak lebih setahun lalu akhirnya terungkai selepas rangka dipercayai milik mangsa ditemukan, manakala seorang lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan.
Artikel Berkaitan: Mondy Tatoo Didakwa Punca Rakan Dibunuh, Angkara Cinta Tiga Segi?
Artikel Berkaitan: Pelajar Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Di Bandar Sunway – ‘Terdapat Kesan Kecederaan Pada Tubuh Mangsa’
Hilang, jumpa rangka

Mozza Axillia Gunarsa, 18, yang berasal dari Desa Gebugan, Kecamatan Bergas, Kabupaten Semarang dilaporkan hilang sejak 25 Jun 2025.
Sebelum menghilang, Mozza sempat memaklumkan kepada ibu bapanya menerusi WhatsApp bahawa dia mahu menghantar sebuah komputer riba milik rakannya di sekitar kawasan Makodam Semarang.
Bapanya, Suara Singgih, 42, berkata, anaknya tidak pernah pulang selepas keluar pada hari kejadian, menyebabkan dia berusaha mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak.
Bagaimanapun, usaha menjejaki Mozza lebih setahun bukan sesuatu yang mudah apabila pihak polis berdepan kesukaran untuk meneliti akaun media sosial yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa sebelum kehilangannya.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, AKP Bodia Teja Lelana berkata, keadaan menjadi lebih sukar selepas telefon bimbit Mozza dikembalikan kepada tetapan kilang.
Siasatan akhirnya menemui jawapan selepas polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Mozza pada minggu lalu.
Lelaki berkenaan, MDVA atau V, 22, ditahan di kediamannya di Kabupaten Blora, Jawa Tengah selepas siasatan mendapati dia pernah mengenali mangsa menerusi platform TikTok dan dipercayai merupakan rakan rapatnya.
Pada Jumaat lalu, suasana pilu menyelubungi rumah Mozza di Dusun Gebugan, Kabupaten Semarang apabila jenazahnya dibawa pulang menggunakan ambulans sebelum dikebumikan.
Sumber: Detik.com
The post Setahun Hilang, Jumpa Semula Tinggal Rangka…Gadis 18 Tahun Dipercayai Dibunuh first appeared on OHBULAN!.





