26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Sampai Tukar Skin Tone Bila Pakai Foundation, Letak Blusher Macam Kena Penampar’ – Fazley Yaakob

    Shopee Sale

    Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob memberikan pendapatnya berhubung golongan wanita yang gemar memakai solekan dan berdandan berlebihan.

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Malas Ke Dapur Tapi Bau Macam Pekasam Goreng Kunyit’ – Fazley Yaakob

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Pesan Elak Buka Aib Bekas Pasangan Di Media Sosial – ‘Masa Buat Memang Geram & Puas Hati…’

    Wanita bersolek

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 48, menasihati kaum Adam supaya tidak mudah jatuh cinta dengan mana-mana wanita yang suka menggunakan solekan tebal.

    Maaf lah, jangan biasakan jatuh cinta dengan perempuan yang bermekap berlapis, berkening dilukis, berlipstik tebal dari bibir sebenar, berbulu mata palsu bak langsir raya dan bermandikan perfume macam pewangi pelembut baju.

    Menurut Fazley, dia tidak mahu golongan lelaki kecewa apabila melihat wajah sebenar kekasih hati apabila mereka menanggalkan solekan.

    Kecuali awak semua dah pernah tengok dia tanpa secalit make up.

    Risau nanti kecewa bila satu hari nanti melihat wajah sebenar tanpa di rancang. Cinta berdasarkan make up sama macam kena scam bila tengok wajah dari medsos yang berfilter penuh.

    Make up berlebihan

    View on Threads

    Hantaran berkenaan ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Antaranya, terdapat segelintir golongan Hawa yang dilihat tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

    MENARIK:  Ini 5 Cara Bijak Urus Bajet Raya Supaya Tak “Pokai” Lepas Syawal – Rugi Skip No 4 Tu!

    Susulan itu, pelantun lagu Asmara Ini tampil menjelaskan bahawa golongan wanita adalah disarankan untuk bersolek namun tidak berlebihan.

    Kepada perempuan-perempuan yang terasa pasal issue make up, jangan over think!

    Silalah cantikkan diri sehabis baik, tetapi, jangan sampai tukar skin tone bila pakai foundation, atau letak blusher sampai merah macam kena penampar, atau pakai perfume sampai berbotol-botol, dah tu tambah pulak filter bila ambik gambar.. less is more ladies!

    Dalam masa sama, Fazley juga menegaskan adalah penting untuk mencari pasangan yang menjaga keterampilan diri tetapi tidak sehingga mengubah wajah asal.

    Saya kalau cari pasangan, memanglah nak yang bersiap dan wangi ok? Cuma bukan yang bila buang make up terus jadi ‘orang lain’.

    Sumber: Threads

    The post ‘Jangan Sampai Tukar Skin Tone Bila Pakai Foundation, Letak Blusher Macam Kena Penampar’ – Fazley Yaakob first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah