27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ini 5 Cara Bijak Urus Bajet Raya Supaya Tak “Pokai” Lepas Syawal – Rugi Skip No 4 Tu!

    Shopee Sale

    Setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri perbelanjaan pasti meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya.

    Masa ni la ramai akan berbelanja gila-gila untuk beli baju raya, kasut raya, beg raya, tudung raya, tukar perabot rumah, cat rumah dan macam-macam lagi la. Itu belum lagi kita sentuh bab persediaan duit raya.

    Kalau tak pandai susun strategi, boleh “pokai” sebelum masuk gaji seterusnya. Takut tak?

    Tapi..jangan risau, ini 5 cara bijak urus bajet raya supaya korang tetap steady walaupun dah banyak berbelanja sepanjang Syawal.

    1. Tetapkan bajet raya & asingkan awal-awal (jangan main agak-agak!)

    Cara bijak urus bajet raya

    Ini adalah langkah paling basic tapi paling ramai tak buat atau rancang last minute. Tahun ni, cuba list siap-siap peruntukan perbelanjaan:

    • Baju Raya (termasuk aksesori jika perlu)
    • Duit raya
    • Kuih & barangan dapur
    • Tol & minyak balik kampung
    • Dekorasi rumah (langsir, perabot, cat rumah)

    Lepas dah buat senarai dan anggaran peruntukan, korang tetapkan bajet. Bajet mestilah fixed! Jangan sesekali ada niat berbelanja lebih dari nilai tersebut. Kemudian, terus asingkan duit dalam akaun khas supaya tak “terusik”. 

    Kalau belum ada akaun bank untuk peruntukan khas macam ni, korang boleh buka Savings atau Current Account/-i dengan AmBank atau AmBank Islamic. Kenapa? Sebab korang boleh menikmati welcome reward, Pulangan Tunai bernilai sehingga RM68.

    Nak lagi syok? Korang buka Akaun Simpanan-i Amwafeeq. Bukan apa, korang berpeluang menang hadiah gempak seperti sebuah kediaman mewah, BMW 2 Series dan macam-macam lagi. Siapa tahu rezeki raya untuk tahun ni?

    Sambil-sambil urus bajet, boleh dapat ganjaran sekali. Win-win situation gitu!

    2. Manfaatkan pulangan tunai & ganjaran (raya, tapi duit masuk balik!)

    Cara nombor 2 ni memang tersangat function especially buat korang yang prefer guna transaksi online. Tak kisahlah sama ada guna untuk beli barang dekat e-commerce, pusat beli belah atau sebagainya. Even sekarang, peniaga dekat uptown, event dan dekat bazar pun dah ada option bayar guna kad dan QR.

    So, why not korang pilih cara yang lebih rewarding untuk buat bayaran?

    Misalnya, mohon Kad Kredit AmBank. Nanti boleh kumpul point dan nikmati Pulangan Tunai sehingga RM100. 

    Bagi yang dah sedia ada akaun AmBank/-i, jangan rasa tersisih. Setiap transaksi melalui Aplikasi AmOnline melayakkan korang untuk menang hadiah bernilai sehingga RM10,000.

    MENARIK:  Mahmud Jumaat Tarik Diri Mewakili Ibu Zayn Rayyan – ‘Saya Bukan Peguam Sesuai Untuk Kes Ini’

    Antara hadiah yang menanti korang termasuk Pulangan Tunai dan baucar dari jenama hebat seperti Habib, Switch dan Shopee.

    3. Rancang pemberian duit raya dengan bijak

    Bab duit raya ni memang sensitif. Nak bagi lebih boleh, tapi kena la ikut kemampuan. Bak kata orang tua-tua dulu, ukur baju di badan sendiri.

    Tips mudah:

    1. Tetapkan jumlah maksimum untuk keseluruhan duit raya.
    2. Sediakan sampul awal-awal ikut kategori (kanak-kanak, keluarga terdekat dan sebagainya).
    3. Elakkan top up last minute sebab rasa “tak cukup”.

    Kalau tak nak bagi duit raya, korang bawak je family makan-makan. Bila nak bayar tu, guna Kad AmBank/-i.  Ada pelbagai dining deals sepanjang musim perayaan kali ni. Lebih jimat dan menguntungkan!

    4. Gunakan referral untuk dapatkan extra income raya

    Hanya refer keluarga dan kawan buka akaun/-i melalui AmOnline dengan kod rujukan sendiri. Lepas tu korang boleh dapat Pulangan Tunai sehingga RM50.

    Buat para ibu bapa yang menggunakan AmBank/-i, manfaatkan kempen ini sepenuhnya tau. Korang buka je akaun bank baru untuk anak-anak. Nanti simpan duit raya mereka dalam tu. Dalam masa yang sama korang pun boleh dapat Pulangan Tunai.

    Duit tu nanti korang gunalah untuk tampung kos tol masa balik kampung. Tak pun, guna duit tu untuk tambah duit raya mak ayah. Sweet kan?

    5. Fikir lepas raya, bukan masa raya sahaja

    Last but not least, jangan fokus untuk raya sahaja. Fikir juga komitmen lain yang korang ada seperti sewa rumah, PTPTN, bil utiliti, hutang kad dan sebagainya.

    Sebaiknya pilih bank yang tawarkan pengalaman simple, convenient & rewarding macam AmBank, sebab hampir semua urusan boleh dibuat secara dalam talian. Ini termasuk untuk buka akaun, semak transaksi, transfer duit, buat bayaran bil dan banyak lagi. Lagipun AmBank ada banyak kempen ganjaran untuk pengguna mereka.

    Ingat, raya memang kena meriah, tapi kewangan kena jaga!

    Klik SINI untuk maklumat lanjut tentang ganjaran dan kempen menarik AmBank. 

    Rancanglah perbelanjaan raya korang dengan lebih bijak hari ini. Barulah poket tak pokai, tapi raya tetap onzzz 😉.

    The post Ini 5 Cara Bijak Urus Bajet Raya Supaya Tak “Pokai” Lepas Syawal – Rugi Skip No 4 Tu! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah