Personaliti media sosial, Cik B, mencuri perhatian apabila sanggup meluangkan masa menziarahi seorang peminat yang sedang menerima rawatan di hospital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Fazley & Vida Makan Malam Bersama, Bekas Isteri Turut Serta – ‘Azrene Layan Cik B Macam Anak Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Viviana Menangis, Terharu Terima Hadiah iPad Dari Cik B – ‘Sebenarnya Lebih Gembira Bila Dapat Beri Apa Yang Kawan Nak’
Peminat muka sama
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Cik B memuat naik foto bersama peminat di hospital yang sebelum ini menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.
Akhirnya dapat jumpa.
Lebih menarik lagi, peminat yang dikenali sebagai Nur Sakinah Lutfiyyah itu memiliki rupa paras yang seiras dengan Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen binti Muhammad Amin.
Dalam pada itu, bapa saudara Nur Sakinah Lutfiyyah turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas layanan baik yang diberikan Cik B kepada anak buahnya.
Terima kasih Cik B atas kasih dan sayang pada anak buah saya.
Difahamkan, Nur Sakinah Lutfiyyah menghidap ketumbuhan pada otak dan mengalami kelumpuhan pada beberapa anggota badan selepas menjalani pembedahan.
Masa Sakinah Lutfiyyah kecil, dia ada ketumbuhan dalam otak.
Lepas pembedahan, dia lumpuh sebelah kiri kaki dan tangan.
Sumber: Threads @syafiq_suhaimi_s19
The post Cik B Tunaikan Hasrat Peminat Berwajah Seiras Di Hospital – ‘Lepas Pembedahan, Dia Lumpuh Sebelah Kaki & Tangan’ first appeared on OHBULAN!.





