29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Industri Lambat Hargai Artis Yang Tak Ikut ‘Standard’? Ini Pandangan Nadeera Zaini – ‘Tengok Pada Kualiti & Bakat’

    Shopee Sale

    Dalam industri hiburan yang sering menyaksikan seseorang figura dinilai daripada pelbagai sudut, penyanyi Nadeera Zaini percaya kualiti dan bakat seharusnya kekal menjadi antara perkara utama yang diberikan perhatian.

    Menyedari setiap individu mempunyai kecenderungan dan perspektif berbeza dalam menilai seseorang penghibur, Nadeera bagaimanapun berpandangan masyarakat bebas memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang mereka gemari tanpa perlu terikat dengan satu ‘standard’ tertentu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadeera Zaini Tak Ambil Tahu Tuduhan Khalwat, Pilih Untuk Maafkan Individu Sebar Fitnah – ‘Saya Harap Orang Itu Bertaubat’

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri & Nadeera Zaini Tak Pernah Bersengketa, Sentiasa Hormat Satu Sama Lain – ‘Kami Berdua Okay Saja’

    ‘Setiap Orang Ada Perspektif Berbeza’

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA hari ini, Nadeera berkongsi pandangannya ketika ditanya mengenai tanggapan industri hiburan sebenarnya bukan tidak nampak bakat seseorang, sebaliknya kadangkala lambat menghargai selebriti yang tidak menepati ‘standard’ tertentu.

    MENARIK:  Harian Metro Anjur Batik Run, Suntik Kesenian & Kekal Aktif

    Menurut pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu, penilaian terhadap seseorang anak seni tidak pernah sama kerana setiap orang mempunyai keutamaan tersendiri.

    Setiap orang ada perspektif berbeza, ada yang suka lebih kepada suara, ada juga yang lebih melihat kepada rupa dan sebagainya.

    Bagi saya sokong sahajalah sesiapa yang anda mahukan, tengok kualiti dan bakat. Itu adalah perkara yang paling utama.

    Pandangan itu secara tidak langsung menyentuh realiti dunia hiburan apabila bakat seseorang kadangkala dinilai seiring aspek lain termasuk penampilan, personaliti serta daya tarikan komersial.

    Namun bagi Nadeera, kepelbagaian cita rasa khalayak tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang penghibur diberikan ruang, selagi mereka mempunyai kualiti dan kemampuan untuk menyerlah menerusi karya masing-masing.

    Dalam industri yang sentiasa berubah mengikut trend, persoalannya, adakah bakat semata-mata masih cukup untuk seseorang artis bertahan, atau ‘standard’ lain kini turut menentukan sejauh mana mereka diterima?

    The post POV XTRA: Industri Lambat Hargai Artis Yang Tak Ikut ‘Standard’? Ini Pandangan Nadeera Zaini – ‘Tengok Pada Kualiti & Bakat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah