30.2 C
Kuala Lumpur
Friday, September 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fiza Sabjahan Ulas Format Baharu WHI, Tiga Wajah Baharu Diberi Ruang Serlah Identiti

    Shopee Sale

    Pengacara, Fiza Sabjahan melihat perubahan format program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI), sebagai satu langkah yang selari dengan perkembangan trend penonton yang semakin aktif di platform digital.

    Artikel Berkaitan: Fiza Sabjahan Jadikan Ziarah Kematian Ruang Bermuhasabah – ‘Bila Dengar Talkin Rasa Sebak Betul’

    Artikel Berkaitan: Fiza Sabjahan Puji Sikap Fedtri Yahya Tak Lokek Kongsi Ilmu – ‘Semoga Terus Mengalir Pahalanya’

    Pembaharuan WHI

    Ketika ditemui , Fiza memaklumkan kandungan digital WHI mendapat sambutan baik sekali gus mendorong pihak produksi memberi lebih fokus terhadap kandungan tersebut.

    Tambah Fiza selaku penerbit WHI, perubahan format ini memberi lebih ruang untuk menghasilkan kandungan yang lebih segar, berkualiti dan dekat dengan keperluan penonton.

    Semakin ramai penonton mengikuti program menerusi platform digital. Kandungan digital WHI juga dapat sambutan dan interaksi yang baik.

    Jadi, perubahan ini membolehkan kami beri lebih tumpuan kepada kandungan digital, selain memastikan episod berdurasi sejam itu benar-benar mantap dari segi kandungan.

    Kami juga tak perlu lagi terkejar-kejar menyediakan kandungan setiap hari.

    Sebaliknya, kami mempunyai lebih banyak masa untuk membuat penyelidikan supaya dapat menyediakan topik yang lebih berkualiti dan bermanfaat.

    Fiza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media ‘Wanita Hari Ini (WHI) Segar Dengan Vibe Baharu’ yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.

    Mengulas lanjut mengenai tiga wajah baharu, Fiza tidak meletakkan harapan agar mereka mengikut acuan dirinya sebaliknya lebih mengutamakan identiti dan cara tersendiri.

    Mereka tak perlu jadi acuan yang sama macam saya, jadi diri sendiri saja.

    Sebenarnya, saya juga banyak belajar daripada generasi muda sebab penonton kita pun dah berubah.

    Kita nak lebih dekat dengan penonton.

    Bagi melengkapkan penampilan baharu WHI, program tersebut kini turut hadir dengan beberapa segmen serta kandungan yang lebih pelbagai untuk memenuhi keperluan penonton.

    MENARIK:  [VIDEO] Uyaina Arshad Harap Usaha Didik Anak Dengan ‘Gentle Parenting’ Dipermudahkan – ‘Marah Anak Hanya Meninggalkan Trauma Buat Mereka’

    Antaranya, WHI memperkenalkan WHI Vibe, iaitu segmen berdurasi lima minit yang akan menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengah hari.

    Selain siaran televisyen, kandungan digital WHI juga akan dikongsikan menerusi platform rasmi pada waktu yang sama, sekali gus membolehkan penonton mengikuti perkembangan program berkenaan di luar slot siaran utamanya.

    Bagi episod utama berdurasi sejam yang disiarkan pada Ahad pula, penonton bakal disajikan dengan beberapa segmen seperti WHI Trend, WHI Cantik, WHI Menu, WHI Curhat, WHI Kasih dan Pesona Nona.

    Tidak ketinggalan, WHI turut memperkenalkan tiga wajah baharu sebagai pengacara iaitu Hanna Faresha, Nurin Razmyn dan Izza Izelan. Mereka akan bergandingan bersama barisan pengacara sedia ada, Fiza, Syahira Izzaty dan Sugeeta Chandran.

    The post [VIDEO] Fiza Sabjahan Ulas Format Baharu WHI, Tiga Wajah Baharu Diberi Ruang Serlah Identiti first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah