25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, September 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Terlalu ‘Shipping’ Kami, Nanti Kapal Tak Berlabuh Korang Juga Sedih’ – Siti Khadijah

    Shopee Sale

    Pelakon, Siti Khadijah Halim tidak mengambil hati apabila ada segelintir peminat yang ‘kenen-kenen’ dirinya dengan aktor Amir Ahnaf selepas mereka digandingkan menerusi drama Cinta Dalam Sekam.

    Artikel Berkaitan: Daripada Pelakon Tambahan Sampai Jadi Leading Lady, Kenapa Siti Khadijah Halim Tak Mahu Terperangkap Dengan Status Heroin?

    ‘Kenen-kenen’

    Siti, 29, berkata, budaya ‘shipping’ antara hero dan heroin sesebuah karya sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan peminat.

    Saya rasa itu sudah menjadi lumrah kepada semua pelakon, jika jayakan sebuah drama mesti berlaku ‘shipping culture’. Seperti projek saya yang sebelum ini pun berlaku juga.

    Saya beranggapan perkara ini akan datang dan pergi. Namun, jika sesebuah projek itu meninggalkan impak dan menjalinkan satu persahabatan, saya amat hargai.

    Mungkin juga, keserasian kami berdua dalam naskhah itu menjadi sehingga orang di luar sana berkata-kata. Walaupun projek itu sudah lama habis. Saya gembira dan suka berkawan dengan dia.

    Ditanya sama ada berasa rimas dengan situasi tersebut, Siti sebaliknya lebih memikirkan perasaan Amir yang terpaksa melayan pelbagai ragam dan usikan daripada peminat.

    Sebenarnya saya fikirkan Amir, adakah dia akan tertekan dengan situasi ini. Saya muat naik gambar di media sosial akan ada yang balas ‘bila Amir nak komen’. Begitu juga dengan dia.

    Kami berdua mengambil inisiatif untuk tak terlalu nampak ada interaksi. Saya dan kawan-kawan lain suka bergurau di media sosial. Jangan terlalu ‘shipping’ kami, nanti kalau tidak menjadi, kapal tak berlabuh, korang juga sedih.

    Persahabatan

    Siti berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran telefilem terbaharunya, Takdirnya Cinta terbitan UTV yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

    MENARIK:  Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia – ‘Doakan Ayah Saya Diampunkan Segala Dosa..’

    Pada majlis berkenaan, Amir turut hadir memberikan sokongan buat Siti bersama rakan selebriti lain seperti Haidar Hasanudin dan Sophia Albarakbah.

    Saya paksa kawan-kawan datang untuk sokong. Gembira lihat Amir, Sophia Albarakbah dan Haidar datang beri sokongan. Esok lusa kalau mereka ada pelancaran drama, insya-Allah saya pula turun beri sokongan.

    Selain Siti, Takdirnya Cinta turut menampilkan Zul Ariffin, Muhsin Nadzli, Fattah Amin dan ramai lagi.

    Takdirnya Cinta mengisahkan Sofea (siti) , seorang wanita yang baru bertunang sebelum hidupnya berubah apabila tunangnya meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis.

    Berpegang kepada amanat terakhir yang ditinggalkan, Sofea berangkat ke Istanbul untuk mencari abang tunangnya yang tidak pernah dikenalinya.

    Di kota asing itu, Sofea bertemu seorang lelaki misteri yang tanpa disedari mula mendekati hidupnya dan perlahan-lahan membuka kembali pintu hatinya.

    The post ‘Jangan Terlalu ‘Shipping’ Kami, Nanti Kapal Tak Berlabuh Korang Juga Sedih’ – Siti Khadijah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah