Bagi seorang pelakon, sesebuah watak mungkin berakhir sebaik sahaja penggambaran selesai, namun pengalaman dan nilai yang dibawa oleh karakter tersebut adakalanya terus kekal dalam kehidupan sebenar.
Itulah yang dirasai pelakon Shaheizy Sam apabila mengakui setiap watak yang pernah dibawakannya sepanjang bergelar anak seni sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam dirinya.
Artikel Berkaitan: POV XTRA: RM1 Juta Pun Belum Tentu Kaya? Shaheizy Sam Kongsi Pandangan Mengapa Manusia Tak Pernah Rasa Cukup
Artikel Berkaitan: Filem Chelot: Shaheizy Sam Kembali Bawa Watak Jahat Selepas 15 Tahun
FIlem Badak Beri Pengajaran Tentang Menghargai
Menerusi segmen #ThrowbackXTRA, Sam ditanya mengenai watak yang paling banyak mengubah cara serta perspektifnya dalam melihat kehidupan.
Menurut Sam, sukar untuk memilih hanya satu karakter kerana setiap watak mempunyai pengajaran tersendiri.
Setiap watak yang saya pernah lakonkan daripada dulu sampai sekarang akan ada kesan dalam diri saya.
Filem Badak contohnya mengajar saya berkenaan menghargai orang, apa yang disukai dan sebenarnya penghargaan dari segi menyeluruh.
Menurut Sam, pengalaman membawa sesebuah watak turut mengingatkannya kehidupan bukan sekadar berpusat kepada kehendak dan kepentingan diri sendiri.
Sebaliknya, nilai seseorang juga terletak pada apa yang mampu diberikan serta dikongsikan kepada orang lain sepanjang perjalanan kehidupan.
Because life is just not about yourself. Ia berkenaan tentang apa yang kita bagi pada orang.
Buat Sam, setiap karakter yang hadir sepanjang perjalanan seninya ternyata bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kerjaya sebagai pelakon, malah membawa pengajaran yang secara perlahan membentuk cara dirinya memahami manusia dan kehidupan.
Kadangkala, sebuah watak mungkin hanya hidup di layar untuk tempoh tertentu, namun nilai serta pengalaman yang ditinggalkan boleh kekal jauh lebih lama dalam diri seorang pelakon.
The post #ThrowbackXTRA: Bila Sebuah Watak Mengajar Erti Hidup, Shaheizy Sam Temui Makna Menghargai Menerusi Filem Badak first appeared on OHBULAN!.





