27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Lepaskan Peluang! Ini 5 Waktu Mustajab Berdoa Dalam Bulan Ramadan

    Shopee Sale

    Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan menjadi antara waktu terbaik bagi umat Islam untuk beribadah kerana pada bulan yang mulia ini setiap amalan kebaikan dijanjikan ganjaran yang berlipat ganda, manakala pintu-pintu rahmat dibuka seluas-luasnya.

    Artikel Berkaitan: Rebut Waktu Mustajab! Ini 29 Doa Pendek Yang Boleh Dibaca Sebelum Berbuka Puasa

    Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Tegur Jemaah Wanita Enggan Rapatkan Saf – ‘Jika Biar Terputus, Kita Sebenarnya Jauhkan Diri Dari Rahmat Allah’

    Sebelum berbuka puasa

    Sepanjang bulan Ramadan ini, antara waktu yang sangat digalakkan untuk bermunajat ialah pada sepertiga malam terakhir, iaitu saat sebelum masuknya waktu Subuh ketika kebanyakan manusia masih lena.

    Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa pada sepertiga malam terakhir, Allah S.W.T. turun ke langit dunia lalu menyeru hamba-Nya yang berdoa dan memohon keampunan agar permintaan mereka diperkenankan.

    Justeru, bulan Ramadan menjadi peluang terbaik untuk menghidupkan malam dengan ibadah qiyamullail, solat sunat dan doa yang hadir daripada hati yang tulus.

    Selain itu, waktu ketika seseorang sedang berpuasa juga merupakan antara detik yang sangat baik untuk berdoa.

    Ibadah puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah melatih jiwa agar lebih sabar, ikhlas serta patuh kepada perintah Allah S.W.T.

    Dengan ini ia menjadikan hati seorang Muslim lebih lembut dan mudah mengingati Allah.

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. menyebut bahawa terdapat tiga golongan yang doanya tidak ditolak, antaranya orang yang berpuasa sehingga tiba waktu berbuka.

    Hal ini menunjukkan bahawa sepanjang tempoh berpuasa, seorang Muslim sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat sesuai untuk memohon hajat dan berharap kepada Allah S.W.T.

    MENARIK:  Momen Sweet! Mr AA Nyanyikan Lagu ‘Permata Buat Isteri’ Untuk Noor Nabila

    Banyakkan doa ketika sujud

    Waktu ketika menjelang berbuka puasa juga termasuk antara waktu yang sering disebut sebagai saat mustajab untuk berdoa.

    Oleh sebab itu, ramai umat Islam mengambil kesempatan pada saat-saat akhir sebelum azan Maghrib berkumandang untuk berdoa.

    Di samping itu, dalam ibadah solat pula, ketika sujud merupakan saat paling hampir antara seorang hamba dengan Allah S.WT.

    Hal ini kerana, Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar umat Islam memperbanyakkan doa ketika sujud kerana pada waktu itu seorang Muslim berada dalam keadaan paling merendah diri di hadapan Allah S.W.T.

    Dalam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan solat sunat seperti tarawih, tahajud dan witir, setiap sujud sebenarnya membuka ruang yang luas untuk seseorang menyampaikan segala harapan dan permohonannya kepada Allah S.W.T.

    Dalam pada itu, kemuncak kepada segala waktu yang penuh keberkatan ialah pada malam Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

    Walaupun tarikh tepatnya dirahsiakan, umat Islam dianjurkan mencarinya pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah, zikir dan doa.

    Ini diriwayatkan bahawa Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang doa yang perlu dibaca sekiranya bertemu malam tersebut, lalu Baginda mengajarkan doa memohon keampunan sebagai amalan utama.

    Sumber: Kashoorga

    The post Jangan Lepaskan Peluang! Ini 5 Waktu Mustajab Berdoa Dalam Bulan Ramadan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah