Usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming mendedahkan ‘cheat code’ yang diamalkannya sepanjang usaha menurunkan berat badan dalam tempoh setahun.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming ‘Battle’ Tiket F1 Sampai Terlelap, Netizen Seloroh – ‘Macam Tu Kami Rasa Bila Nak Booking Slot Rembayung’
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Turun 24Kg Dalam Setahun – ‘Walaupun Penat, Saya Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari’
Tips diet
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Khairul Aming menasihati mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan agar tidak terlalu ketat dalam mengawal pengambilan makanan.
Menurut Khairul Aming, tiada salahnya menikmati makanan yang diingini namun pengambilan kuantiti perlu dikawal agar kekal seimbang.
Saya selalu pesan untuk sesiapa yang baru nak mulakan perjalanan kurus.
Jangan stres nak sihatkan semua makanan.
Kalau sambal itu sedap ditumis dengan minyak, buat saja. Tapi kena kawal portion makan.
Tambah usahawan berusia 33 tahun itu, dia mengamalkan pengambilan nasi, protein serta apa sahaja jenis kuah namun dalam kuantiti terhad iaitu sekitar dua sudu.
Saya ada cheat code. Ambil nasi putih, protein, dan beli apa-apa kuah. Letak dua sudu dekat nasi.
Jangan la buat kuah baru, tiada rasa apa-apa. Nanti tak boleh telan.
Ambil pemakanan yang kita boleh konsisten.
Sumber: TikTok @FansKhairulAming
The post [VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’ first appeared on OHBULAN!.





