Usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming mencuri perhatian selepas berkongsi pengalamannya membeli tiket Formula 1 (F1).
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Turun 24Kg Dalam Setahun – ‘Walaupun Penat, Saya Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari’
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Sambal Nyet Bilis Terlalu Pedas, Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan
Khairul Aming ‘battle’ tiket F1
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming berkata dia tertidur selepas beratur di halaman penjualan untuk mendapatkan tiket F1.
Bagaimanapun, sekitar dua pagi, dia terjaga dari tidur dan alangkah terkejutnya apabila mendapati tiket masih tersedia selepas beberapa kali ‘refresh’ halaman penjualan.
Tadi que tiket F1 pastu terlelap, tersedar dua pagi tengok-tengok semua dah sold out. Refresh page dalam 5 minit lepas tu tiba-tiba available tiket main grandstand. Add to cart 4 tiket and dapat .
Korang cuba refresh balik page F1 ticket tu walaupun dah sold out. Tiket B Hillstand and C Hillstand also masih available tadi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang mengaitkan pengalaman Khairul Aming dengan kesukaran mereka mendapatkan slot di Rembayung.
Malah ramai berseloroh dan ‘berpuas hati’ apabila akhirnya usahawan itu dapat merasai sendiri pengalaman ‘battle’ untuk mendapatkan sesuatu yang sukar diperoleh kerana permintaan ramai.
Rasakan Itulah apa yang kami rasa selama ini.
Macam itu lah saya nak battle Rembayung, tup-tup tak ada slot dah bang.
Macam itu lah kitorang queue slot Rembayung. Tapi beza dia, refresh balik pun tetap tak ada slot.
Senang lagi dapat tiket F1 daripada slot Rembayung. Sampai sekarang tak dapat slot.
Macam tu lah kami rasa bila nak book Rembayung, je terus fully booked. Padan muka, rasakan apa yang kami rasakan sekarang.
Begitulah kami rasai untuk queue Rembayung.
Semoga rezeki aku battle Rembayung pun senang macam ni. Mudahkanlah ya Allah.
Kitorang dah biasa macam ni bang cuma itu lah, kalau Rembayung terlelap terus gone.
Sumber: Threads Khairul Aming
The post Khairul Aming ‘Battle’ Tiket F1 Sampai Terlelap, Netizen Seloroh – ‘Macam Tu Kami Rasa Bila Nak Booking Slot Rembayung’ first appeared on OHBULAN!.





