Penerbit, Jaja Ishak tampil menjawab dakwaan kononnya rumah produksi miliknya, Jaja Ishak Channel telah disenarai hitam oleh stesen televisyen tempatan.
Artikel Berkaitan: Jaja Ishak Buktikan Pendatang Baharu Boleh Jadi ‘Pelaris’ – ‘Dengan Syarat Kualiti Lakonan Baik, Jalan Cerita Menarik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Simpati Dengan Nasib Mia Sara Nasuha – ‘Pengarah Perlu Beri Peluang, Dia Ada Kelebihan’
Nafi disenarai hitam

Jaja berkata, dia sendiri terkejut apabila mendengar khabar angin tersebut memandangkan syarikatnya sudah lebih sedekad aktif menerbitkan pelbagai karya untuk siaran televisyen.
Saya pun pelik kenapa ada orang kata syarikat saya disenarai hitamkan oleh stesen TV. Sedangkan sudah 10 tahun kami berkhidmat sebagai pembekal dan hampir setiap tahun kami mempunyai karya-karya baharu untuk ditayangkan di semua stesen TV, kebanyakannya di Malaysia.
Jadi saya agak terperanjat apabila ada yang mahu menghantar proposal bertanya dahulu sama ada syarikat kami masih konsisten dan relevan untuk menerbitkan karya bagi stesen TV. Saya rasa gosip itu tidak baik kerana industri seni di Malaysia terlalu kecil.
Jelas Jaja lagi, sepanjang tempoh beroperasi, karya terbitan Jaja Ishak Channel bukan sahaja mendapat tempat di hati penonton, malah menjadi trending selain beberapa projek baharu kini masih dalam perancangan.
Kalau kita lihat sahaja baru-baru ini, karya kami turut trending dan masih banyak projek yang sedang dalam perancangan serta penggambaran. Tawaran juga memang tidak putus-putus, sama ada daripada stesen kerajaan mahupun swasta.
Mengakui berasa kecewa dengan dakwaan tersebut, Jaja bagaimanapun tidak menafikan wujud rasa terkilan apabila isu itu disebarkan tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.
Kecewa memang ada. Orang bercakap tanpa bertanya sendiri atau mendapatkan penjelasan. Nak kata dengki pun, saya bukan orang kaya. Saya anak peneroka, jadi rasanya tidak berbaloi untuk mereka nak dengki kepada saya.
Saya pelik kenapa rakan industri yang pernah bekerjasama boleh bercerita kepada orang ketiga bahawa syarikat saya disenaraihitamkan. Sedangkan saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana stesen TV.
Malah kami menerima banyak tawaran daripada RTM, FINAS, TV3 dan TV Hijrah yang memanggil kami untuk membuat pembentangan.
Selepas isu itu timbul, memang ada rakan-rakan yang menghantar mesej dan bertanya untuk mendapatkan pengesahan. Namun bagi saya, perkara seperti itu bukan pada tahap yang perlu saya fikirkan secara serius.
Sebab itu saya kongsikan juga beberapa rakaman ketika sedang bermesyuarat dengan beberapa stesen TV supaya mereka tahu bahawa kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak.
Dalam perkembangan lain, Jaja Ishak Channel bakal menayangkan sebuah program travelogue berjudul Travelogue Konvoi Bot Pahang.
The post Jaja Ishak Terkejut Dakwaan Rumah Produksi Di ‘Black List’ Stesen TV – ‘Saya Bukan Orang Kaya Nak Dengki’ first appeared on OHBULAN!.





