31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Arif Aiman Sah Bergelar Suami Kepada Aliah Natasha

    Shopee Sale

    Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Kad Undangan Pernikahan Tular, Arif Aiman Bakal Tamatkan Zaman Bujang Esok

    Selamat bernikah

    Majlis akad nikah pasangan tersebut difahamkan berlangsung di sebuah lokasi di Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua belah pihak.

    Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Arif dan Aliah tampil sama cantik dan sepadan mengenakan busana sedondon berwarna putih pada hari bahagia mereka.

    Bintang sensasi JDT berusia 24 tahun itu juga dilihat gagal menahan sebak ketika memeluk ibunya sejurus selesai lafaz akad nikah.

    MENARIK:  Video: Anak Aliff Syukri Mendedahkan Bahawa Mereka Mahu Berkawan Tetapi Mengejek & Tikam Belakang

    Momen penuh emosi tersebut turut mengundang rasa terharu dalam kalangan peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa buat pasangan pengantin baharu itu.

    Majlis resepsi pasangan itu dijadualkan berlangsung pada sebelah malam dan akan turut diserikan dengan berangkatan tiba Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail.

    Terdahulu, kad undangan pernikahan Arif tular di media sosial sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

    The post Arif Aiman Sah Bergelar Suami Kepada Aliah Natasha first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah