25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jaga SOP & Tolong Jangan Cium Anak Saya’ – Nabila Razali

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memaklumkan bahawa dia dan suami, Nik Iruwan Nik Izani sudah bersedia menerima kehadiran para tetamu sempena majlis Akikah dan Kesyukuran anak sulung mereka yang dijadualkan berlangsung pada 7 Jun ini di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan.

    ‘Jaga SOP, jangan cium anak saya’

    Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali, 33, juga berharap agar majlis tersebut akan berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan.

    Tambah pelantun lagu Peluang Kedua itu lagi, mereka juga telah menyediakan pelan alternatif sekiranya jumlah tetamu melebihi jangkaan.

    Seperti biasa untuk majlis akikah, kita akan tumbangkan dua ekor kambing. Selebihnya kita tunggulah harinya nanti.

    Bila kita berniat untuk mengadakan majlis, sudah tentu kita sudah bersedia.

    Jika pengunjung melebihi jumlah yang dijangka, kita ada ‘plan B’. Semoga apa yang kami sajikan itu mencukupi.

    Nabila berkata sedemikian ketika ditemui di program Road Tour Skor A+ SPM 2025 anjuran pusat tusyen PTTI di IDCC, Shah Alam pada Rabu.

    Dalam pada itu, Nabila berkata dia akan mendedahkan wajah serta nama penuh anak sulungnya kepada umum buat pertama kali sempena majlis yang bakal berlangsung itu.

    Ini pertama kali saya akan menunjukkan baby M kepada orang ramai. Sebenarnya, saya dah lama merancang nak buat majlis akikah, cuma nanti orang lain yang akan kongsi gambar dia.

    Jadi saya rasa sebaiknya saya yang kongsi sendiri kepada siapa yang menantikan nak tengok gambar dan nak tahu nama penuh dia. 

    Dalam pada itu, Nabila turut menitipkan pesanan kepada para tetamu yang bakal hadir agar menjaga tingkah laku serta adab ketika berada di majlis tersebut termasuk tidak menyentuh atau mencium anaknya demi menjaga keselesaan dan kesihatan si kecil.

    Kalau boleh kita jaga SOP, tolong jangan cium anak saya atau buat perkara yang tidak sepatutnya.

    Saya harap tetamu yang hadir faham dan hormati permintaan saya.

    Saya hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik.

    The post ‘Jaga SOP & Tolong Jangan Cium Anak Saya’ – Nabila Razali first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Selepas 15 Tahun Menyepi, Ahdan Salleh Kembali Jadi Penyanyi – ‘Tiga Hari Saya Siapkan Lagu Ini’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah