26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas 15 Tahun Menyepi, Ahdan Salleh Kembali Jadi Penyanyi – ‘Tiga Hari Saya Siapkan Lagu Ini’

    Shopee Sale

    Selepas hampir 15 tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi dan pelawak Ahdan Salleh kini kembali aktif dengan single terbaharu berjudul Lattafa.

    Kodan ‘comeback’

    Ketika ditemui , Ahdan atau turut dikenali sebagai Kodan Raja Lawak memberitahu walaupun jarang muncul di hadapan kamera, tetapi dia sentiasa aktif di belakang tabir.

    Saya dah senyap lebih kurang 15 tahun.

    Saya banyak di belakang tabir sebenarnya. Saya masih lagi menjalankan anjuran acara, mengacara di majlis-majlis kahwin, majlis makan malam dan sebagainya.

    Ahdan berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single Lattafa dan produk minyak wangi di Quill City Mall, pada Sabtu.

    Bercerita lanjut mengenai keputusannya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian, Ahdan mengakui salah satu faktor adalah atas ‘lamaran’ jenama wangian terkenal iaitu Lattafa Malaysia.

    Dalam masa tiga hari sebenarnya, saya hasilkan lagu Lattafa. Saya cari satu orang arranger, buat lirik dan terus jalan. 

    Untuk Lattafa, saya pilih konsep Arab Moden yang ada mesej positif dan pengisian bermanfaat.

    Dalam pada itu, Ahdan yang juga dilantik sebagai jurucakap Lattafa Malaysia berharap agar karyanya dapat diterima ramai sekaligus mampu menaikkan kembali namanya sebagai anak seni.

    Lagu ini akan bawa nama Lattafa dan juga nama saya sendiri. 

    Sebenarnya kalau ikutkan saya dah tak nak ke depan tapi mungkin dengan lagu ini, ada rezeki lain.

    Tapi untuk perancangan akan datang pula, sebenarnya saya akan buat lagu lain untuk penyanyi.

    The post Selepas 15 Tahun Menyepi, Ahdan Salleh Kembali Jadi Penyanyi – ‘Tiga Hari Saya Siapkan Lagu Ini’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Suami BCL Sangkal Dakwaan ‘Songlap’ Duit Syarikat Hampir RM2 Juta, Peguam Minta Buat Audit Semula

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah