Pelakon Datin Lisa Surihani menyifatkan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim, sebagai seorang bapa penyayang yang sentiasa mengutamakan keluarga, khususnya dalam meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Kongsi Tip Baca Al-Quran Ketika Haji, Guna MP3 Untuk Jaga Adab Mushaf
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusry Abdul Halim Menitis Air Mata Dengar Ucapan Lisa Surihani – ‘Sebagai Isteri, Saya Tumpang Gembira…’
Sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak
Menerusi sesi temu bual bersama Kool FM, Lisa menjelaskan bahawa suaminya adalah seorang yang sangat komited terhadap kerjaya, namun tetap mempunyai cara tersendiri untuk mengisi semula tenaga, iaitu dengan meluangkan masa bersama anak-anak.
Yusry is very fatherly, dia sangat-sangat menitikberatkan waktu untuk meluangkan bersama dengan anak-anak.
Daripada dulu, sejak anak yang pertama lagi.
Dia sangat workaholic, tapi boleh tahu bila dia nak menaikkan semangat semula semua itu.
Bayangkan dia ada stesen kerja di rumah untuk kerja.
Dia sanggup bawa stesen kerja itu ke bawah, supaya dia masih boleh bersama dengan anak-anak.
Macam mana pun anak-anak dekat, supaya dia dapat recharge in between kerja-kerja.
Dia tetap komited, tetap akan fokus dan sebagainya, tapi di antara itu dia akan panggil anak-anak datang.
Dia nak peluk, nak cium, dan nak sembang sekejap.
Dalam pada itu, Lisa turut memaklumkan bahawa suaminya sentiasa mengambil tahu perkembangan anak-anak yang semakin membesar dan sering bertanyakan tentang aktiviti harian mereka setiap hari.
Dia akan tetap dengan anak-anak, sebab mereka makin besar kan.
Dia akan bertanya anak-anak di sekolah bagaimana, apa yang mereka buat di sekolah dan sebagainya.
Macam mana pun he is very, very fatherly.
Komitmen itu ada, tetapi boleh nampak komitmen dia dengan keluarga pun amat tinggilah.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Yusry Sangat Komited Pada Kerja, Tapi Dia Tetap Nak Peluk Cium Anak-Anak’ – Lisa Surihani first appeared on OHBULAN!.



#MalaysiaDahKool

