Pelakon Marissa Yasmin berkongsi ilmu lakonan mengenai cara seseorang pelakon menzahirkan emosi sehingga mampu mengalirkan air mata ketika menjayakan sesuatu babak di hadapan kamera.
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Buat Babak Jadi Imam, Saya Dah Minta Maaf Dengan Allah’ – Marissa Yasmin
Artikel Berkaitan: Marissa Yasmin Pernah Hidup Dengan Insan Narsistik – ‘Narsistik Selalu Nampak Seperti Mangsa Keadaan’
Menitiskan air mata
View on Threads
Menurut Marissa, terdapat pelbagai cara pelakon menghasilkan air mata dalam adegan emosi antaranya mendalami watak sehingga perasaan muncul secara semula jadi.
Kata Marissa, air mata tidak hanya melambangkan kesedihan, malah boleh menggambarkan pelbagai perasaan dan makna yang lebih luas.
Gunakan emotional recall daripada pengalaman.
Air mata dalam lakonan bukan semestinya datang daripada kesedihan.
Ia boleh lahir daripada kemarahan, kekecewaan, ketakutan atau kehilangan.
Menjelaskan lebih lanjut, pelakon drama Walid itu berkata sesetengah pelakon veteran tidak sekadar mahu mengalirkan air mata semata-mata ketika berlakon.
Namun, jelas Marissa mereka lebih menumpukan perhatian kepada watak dan juga emosi yang dirasainya pada ketika itu.
Tapi selalunya pelakon yang berpengalaman tidak mengejar air mata.
Mereka fokus kepada kebenaran emosi dan objektif watak.
Bila emosi itu benar, air mata akan datang sendiri.
Sumber: Threads
The post Marissa Yasmin Kongsi Teknik Berlakon Babak Sedih – ‘Air Mata Dalam Lakonan Tidak Semestinya Datang Daripada Kesedihan’ first appeared on OHBULAN!.





