
Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman telah memotong rambut anaknya, Imane Lunara gara-gara kasihan melihat puteri sulungnya sering menggaru bahagian telinga kerana gatal.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Potong rambut

Menurut pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, Ahmad Azraf melakukan perkara itu ketika dia sedang memasak di dapur.
Rambut Lunara yang sebelum ini panjang telah berubah menjadi pendek dan tidak kemas.
Kerenah Ahmad Azraf membuatkan aktres itu terhibur kerana rambut anaknya telah menjadi ‘kontot’.
Semasa saya sedang memasak di dapur, suami senyap-senyap guntingkan rambut anak dia jadi kontot macam ini.
Dia cakap, ‘kasihan Lunara telinga gatal rambut cucuk kat telinga’.
Jadi ‘kontot’ rambut Lunara. Tidak tahu nak gelak atau menangis.
Perkongsian Intan mendapat perhatian daripada kalangan warganet di Threads.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan tindakan Ahmad Azraf.
Sesetengah mereka mengambil peluang berkongsi pengalaman yang sama dilakukan oleh seorang insan bergelar bapa.
Sumber: Threads
The post ‘Jadi Kontot Rambut Imane Lunara Suami Gunting’ – Intan Najuwa first appeared on OHBULAN!.





