26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Nabila Razali Bersahur Hanya Makan Kurma, Tidak Cerewet

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi Nabila Razali akui gementar apabila pertama kali menyambut Ramadan sebagai seorang isteri.

    ‘Suami juga tidak cerewet’

    Ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu ‘Raya Mana?’ pada Khamis, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia akan memasak untuk bersahur dan berbuka sekiranya mempunyai kelapangan masa.

    Saya memang gementar dan hari pertama berpuasa saya mula masak pukul 2 pagi sebab risau tak sempat nak masak dan terlajak tidur. Selepas selesai memasak, kami bersahur sekitar 3 pagi.

    Tapi sekarang saya dah tahu bahagikan masa, bangun lewat sedikit. Pukul 4 pagi bersahur.

    Dalam pada itu, Nabila menyifatkan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39, seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.

    Suami juga tidak cerewet. Kami selalu makan lewat malam dan dia (suami) senang je, bersahur dengan kurma sahaja. Tapi saya sebagai isteri mestilah rasa nak masuk untuk suami.

    Bercerita mengenai kerjayanya sepanjang bulan Ramadan, Nabila meluahkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan. Pelantun lagu Pematah Hati itu turut menyifatkan rezeki selepas berkahwin sangat luar biasa.

    Dalam bulan Ramadan ni, Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat. Rezeki selepas berkahwin tu na, suami nabila razali, nik iruwan, lain macam sikit.

    Saya baru keluarkan lagu raya berjudul Raya Mana, produk (Madew) dan tudung (scarf by Nabila Razali). InsyaAllah selepas raya, saya akan masuk set semula untuk berlakon selain meneruskan bisnes. Semoga dipermudahkan.

    Sekadar info, Nabila Razali telah melancarkan lagu raya pertamanya berjudul ‘Raya Mana?’ ciptaan Ezra Kong. ‘Raya Mana’ yang merupakan kerjasama Nabila Razali Entertainment dan Warner Music Malaysia boleh didengari di pelantar digital utama iaitu Spotify, Apple Music dan Youtube manakala video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Nabila Razali bermula 22 Mac 2023.

    MENARIK:  Aliff Syukri Kongsi Gambar Waktu Muda, Netizen Puji Handsome – ‘Patut Lah Datin Suka’

    Terdahulu, Nabila dan Nik Iruwan selamat bernikah pada 18 November tahun lalu pada majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah