28 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izzue Islam Membentuk Hubungan Kekeluargaan dengan Pelakon Rakan Seperjuangan Semasa Makan di Lokasi Penggambaran

    Shopee Sale



    Pelakon dan pengacara, Izzue Islam merasakan sesi untuk membina ‘chemistry’ dalam lakonan tidak perlu sehingga menjadi rapat atau berdua-duaan dengan pelakon gandingan.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Tak Kalau Kita Mati Sama-Sama?’ – Izzue Islam

    Artikel berkaitan: ‘Saya & Awin Tiada Sebarang Masalah Kesihatan, Cuma Belum Ada Rezeki Anak’

    Bina ‘chemistry’ di tempat shooting

    Menurut Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, mengatakan keserasian dengan pasangan pelakon boleh dibina semasa di lokasi penggambaran.

    Kita berjumpa setiap hari dan berlatih di lokasi penggambaran dan waktu rehat untuk makan pun sudah boleh bina ‘chemistry’ sesama pelakon.

    Alhamdulillah, setakat ini, saya berlakon dengan pelakon Ummi Nazeera, walau kami tak bersentuhan pun orang tetap boleh terima dan dapat rasa kami berdua ni sepasang suami isteri dalam drama.

    Selain itu, Izzue meletakkan batas untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam lakonannya.

    Setakat ini, saya tidak pernah digoda artis wanita tapi saya tahu ada beberapa pelakon yang tidak selesa dengan saya sebab tidak boleh bersentuhan dalam lakonan.

    Sebagai pelakon kita hanya perlu menjadi diri sendiri dan kami juga bergurau di lokasi.

    Kami juga tahu kelebihan dan kekurangan masing-masing dan sama-sama bantu untuk memberikan yang terbaik pada watak dilakonkan.

    Tiada masalah bekerjasama

    Mengulas tentang kerjasama dengan artis yang terpalit kontroversi, Izzue akui tiada masalah sekiranya mereka digandingkan bersama dalam lakonan.

    Saya pernah beberapa kali digandingkan dengan artis yang sebegitu sebelum ini.

    Setakat ini tiada masalah sebab mereka mungkin sudah tahu kalau berlakon dengan saya tak boleh bersentuhan dan pada masa sama, isteri, Awin Nurin memang ada menemani di lokasi penggambaran.

    Terdahulu, salah seorang kru penerbitan yang dikenali sebagai Mr Z mendedahkan hubungan rapat antara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang dikatakan mencipta ‘chemistry’ untuk drama Terjerat sehingga didakwa ditangkap khalwat di kondominium mewah, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Berdiri & Berjalan Boleh Tetapi Kena Ada Orang Pegang’ – Mak Jah

    Malah, pasangan pelakon ini juga menggunakan panggilan ‘baby’ selain kelihatan sangat rapat berbanding hubungan dengan pelakon lain.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah