26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izara Aishah Tegur Pihak Dewi Remaja, Video Sesi Uji Bakat Jadi Bahan Ejekan – ‘Boleh Menyebabkan Trauma & Memalukan Peserta’

    Shopee Sale

    Pelakon Izara Aishah bertindak menegur pihak produksi rancangan Dewi Remaja yang didakwa dengan sengaja berkongsi video rakaman sesi uji bakat peserta.

    Artikel Berkaitan: ‘Apa Berlaku Dalam Live Hanya Gurauan, Bukan Bermaksud Saya Marah’ – Izara Aishah

    Artikel Berkaitan: ‘Harga Beg MUA Bellaz RM200 Tidak Mahal’ – Aliff Syukri

    Teguran Izara

    View on Threads

    Menerusi komen di Threads, Izara atau nama lengkapnya Izara Aishah Hisham, 33, meluahkan rasa kurang senang apabila video uji bakat tersebut tersebar di media sosial.

    Dewi Remaja kenapa kongsikan rakaman uji bakat kepada umum? Bukankah sepatutnya ia hanya untuk juri sahaja?

    Menurut Izara, kebanyakan peserta menggunakan rancangan tersebut sebagai platform untuk menonjolkan bakat sekali gus meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

    Orang muda nak tunjukkan persembahan di luar zon selesa mereka untuk mengejar kerjaya.

    Ada di antara mereka yang mengambil perkara ini dengan serius kerana percaya platform ini boleh memberi peluang untuk mereka berjaya.

    Dalam masa sama, pelakon filem Pilot Cafe itu turut mendakwa tindakan menularkan video sesi ujibakat tersebut boleh memberi kesan trauma terhadap peserta.

    Perkara ini boleh menyebabkan trauma kepada peserta. Mereka juga tidak mempunyai suara untuk menyatakan tentang hal ini.

    Ini boleh memalukan mereka.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Jovian Mandagie Henti Sementara Perusahaan Selepas 17 Tahun Beroperasi, Akan Buat ‘Clearance Sale’ Untuk Pelanggan

    The post Izara Aishah Tegur Pihak Dewi Remaja, Video Sesi Uji Bakat Jadi Bahan Ejekan – ‘Boleh Menyebabkan Trauma & Memalukan Peserta’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah