28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Ryan Bakery Keguguran Pada Syawal Ke-10, Tiada Rezeki Timang Anak Kedua

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh media sosial, Ryan Bakery berkongsi berita menyedihkan apabila isterinya, Elyia Ibrahim mengalami keguguran pada Isnin lalu.

    Artikel Berkaitan: Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Meriahkan Syawal Menerusi Lagu ‘Raya Yay Yay’

    Keguguran

    Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 31, berkata, mereka hanya mengetahui tentang kehamilan itu pada 1 Syawal ketika usia kandungan melebihi sebulan.

    Namun, kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila bertukar menjadi ujian buat mereka beberapa hari selepas itu.

    Isteri saya keguguran. Mungkin isteri saya terlalu penat. Berita gembira itu kami terima pada 1 Syawal, tetapi ketika pulang ke kampung di Pahang, isteri tergerak hati untuk ke klinik bagi membuat pemeriksaan kandungan.

    Setibanya di klinik, isteri mengalami pendarahan. Doktor buat imbasan, namun kandungan tidak dapat dikesan sebelum kami dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Di situ kami dimaklumkan isteri keguguran.

    Ryan berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP anjuran Indigitals di LMP Events Hall, Damansara, pada Khamis.

    Bercerita lanjut, Ryan menyifatkan kehilangan tersebut sebagai satu dugaan besar buat mereka sekeluarga.

    Saya memang sedih, tetapi sebagai lelaki, kita mungkin tidak dapat merasai sepenuhnya apa yang dilalui wanita. Tak wajar untuk sekadar menyuruhnya kuat kerana dia yang menanggung semuanya.

    Bila dia beremosi atau sakit, saya kena jadi lebih kuat. Saya sedih, tapi dia pasti lebih terasa. Di kampung pun dia beberapa kali menangis sebab sudah membuat pelbagai persiapan seperti membeli keperluan bayi.

    Dalam pada itu, Ryan memaklumkan keadaan isterinya kini perlahan-lahan pulih dan memilih untuk tinggal lama di kampung untuk kembalikan semangat.

    Kalau duduk seorang di rumah nanti dia mudah rasa sedih. Jadi saya cuba bawa dia keluar dan tenangkan perasaan dia.

    Baru-baru ini pun dia sempat bergurau minta hadiah walaupun belum ada rezeki anak kedua. Bagi saya, itu satu perkembangan yang baik.

    Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ryan Ezra.

    MENARIK:  Filem ‘Sore: Istri Dari Masa Depan’ Wakili Indonesia Ke Oscar 2026

    The post Isteri Ryan Bakery Keguguran Pada Syawal Ke-10, Tiada Rezeki Timang Anak Kedua first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah