26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Isteri & Mak Mertua Mengamuk Sebab Aku Letak 25% Hibah Dekat Dia, Peratus Lain Nama Adik-Beradik Aku’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami mendedahkan berlaku perselisihan faham dengan isteri dek kerana pembahagian hibah.

    Isteri tak puas hati pembahagian hibah

    vocket cakna duit

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi luahan yang dikongsikan semula di platform X, lelaki yang tidak mendedahkan identiti ini memaklumkan bahawa isterinya kurang senang dengan peratus hibah yang diberikan kepadanya.

    Menurut lelaki ini lagi, dia telah memberi 25 peratus hibah bagi Amanah Simpanan Berhad (ASB) dan Tabung Haji kepada isterinya.

    Manakala peratus selebihnya diberikan kepada adik beradiknya yang lain. Namun bukan isterinya sahaja malah ibu mentuanya juga seakan tidak berpuas hati dengan pembahagian hibah tersebut.

    Bini aku mengamuk dan mak mertua aku mesej panjang dekat WhatsApp kes sebab aku letak 25% je dekat bini aku untuk hibah KWSP, ASB dan Tabung Haji dan bagi dekat adik beradik aku peratus diorang.

    Padahal bini aku tak hibah langsung dekat aku katanya nanti bini baru yang enjoy kalau ada apa-apa dekat dia, semua hibah tu pergi dekat adik beradik dia.

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan sikap wanita tersebut selain berpendapat bahawa ibu mentua sepatutnya tidak berhak mencampuri urusan rumah tangga anak lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembahagian harta.

    MENARIK:  Kak KM Sebak Teringat Arwah Bapa Ketika Aidilfitri – ‘Dari Kecil Lagi Kami Memang Rapat & Dia Suka Sangat Masakan Saya’

    Ada di antara mereka turut mencadangkan agar pasangan ini berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan serius.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah