28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’

    Shopee Sale



    jay cerai

    Pelakon Jay Iswazir dan isteri, Azzahra Ahmad yang juga seorang aktres difahamkan sudah bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

    Sebab cerai dirahsiakan

    jay iswazir cerai

    Berita perceraian itu diumumkan sendiri oleh Azzahra di Instagram (IG) miliknya. Menurut Azzahra, tujuan dia mendedahkan status hubungan mereka kerana enggan timbul salah faham atau fitnah di kemudian hari.

    Bismillahirohmanirrohim… Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai. Kami telah berpisah.

    Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga. Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tau saja cukuplah.

    Dah cukup bersabar

    jay iswazir cerai 2

    Azzahra turut menitipkan pesanan kepada Jay untuk menunaikan tanggungjawab sepanjang tempoh iddah selama tiga kali suci.

    MENARIK:  ‘Bila Nak Kahwin Soalan Famous Setiap Kali Raya’ – Nadia Brian

    Dalam pada itu, Azzah meminta maaf serta berterima kasih kepada Jay atas segalanya sepanjang tempoh bernikah.

    Semoga dalam tempoh masih edah ini, saya harap awak mampu menunaikan tanggungjawab dan tolong dont take me for granted lagi. Cukuplah dengan apa yang jadi selama ini saya dah cukup bersabar.

    Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri. Maaf atas kekurangan saya halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini.

    Terdahulu, Jay dan Azzahra berkahwin pada tahun 20 Mac 2022 selepas mengikat tali pertunangan 10 hari sebelum bernikah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah