Pegawai perubatan dan personaliti media sosial, Dr Malar meluahkan rasa kecewa apabila wajahnya disalah guna menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan kandungan promosi tanpa kebenaran.
Artikel Berkaitan: Dr Malar Bercuti Bersama Keluarga, Enggan Ungkit Isu Didakwa Rendahkan Golongan SPM – ‘Let’s Move On’
Artikel Berkaitan: Isu Didakwa Merendahkan Golongan SPM, Dr Malar Mohon Maaf Kepada Faiz Soul – ‘Jika Mahu Unfollow Saya Terima’
Wajah dijadikan AI

Menerusi hantaran di Threads, Dr Malar mendedahkan kejadian itu bukan pertama berlaku apabila sebelum ini dia pernah juga menjadi mangsa.
Malah, dia sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa, namun sindiket penipuan berkenaan didakwa terus berleluasa kerana masih tiada undang-undang yang tegas dalam menangani jenayah digital.
Saya sedih, marah, geram, upset, malu, kecewa, sakit hati dengan content sebegini. Tapi, selagi negara kita tiada undang-undang yang ketat untuk penipuan digital, tiada apa yang boleh buat.
Buat laporan polis pun, polis cakap ‘tak boleh ambil tindakan’, katanya kena report kat MCMC. Report MCMC akan makan masa sebulan dua untuk dia orang deactivate account ini.
Tapi sebelum MCMC deactivate, si scammer akan bukak akaun baru jadi dia macam patah tumbuh, hilang berganti. Jadi apa yang kita orang patut buat?
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes penyalahgunaan teknologi AI untuk tujuan penipuan dan penyamaran identiti.
Rata-rata berpendapat isu berkenaan perlu dipandang serius memandangkan teknologi AI kini semakin mudah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Malu, Sakit Hati & Kecewa’ – Dr Malar Dedah Wajah Dipalsukan AI, Scammer Terus Berleluasa first appeared on OHBULAN!.





