29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Jason ‘Review’ Kedai, Peniaga Syukur Terima Banyak Pesanan

    Shopee Sale

    Rezeki seorang peniaga kecil apabila kedainya menerima kunjungan pempengaruh dan pengkritik makanan terkenal, Jason, sekali gus mencuri perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chicken Popcorn Jason Dapat Rate 8/10, Netizen Rasa Harga Agak Mahal – ‘RM14.90 Boleh Dapat Set Gepuk’

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Punya Tak Puas Hati Sampai Fitnah Aku Bayar Jason’ – Cik Epal

    Banyak terima order

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, individu yang dikenali sebagai Aisyah itu memaklumkan kehadiran Jason ke kedainya berlaku kira-kira sebulan lalu namun sehingga kini masih sukar untuk dipercayai.

    Tambah Aisyah, dia menyifatkan perniagaannya masih kecil sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya tidak mampu mengawal pesanan pelanggan yang tinggi.

    Dah sebulan, masih tak percaya semua ini jadi.

    Pernah sembang dengan suami, macam mana kalau suatu hari, Jason datang. Tapi rasa tak mungkin. Kami masih kecil jadi takut untuk kawal orang ramai.

    Masa Jason datang semua orang tak nak keluar dan tak keruan. Rasa dada nak meletup. Cari keberanian juga nak keluar. Shaking dan suara pun gementar.

    Bagaimanapun, Aisyah memaklumkan dia menerima banyak pesanan serta pelbagai mesej positif selepas Jason memuat naik video ulasan mengenai makanan yang dijual.

    Selepas Jason muat naik, memang sibuk dari pagi. Petang baru sempat buka telefon.

    Tengok semua komen. Menangis saja sebab terharu baca semua mesej yang baik-baik. Yang sokong dari rumah. Menangis sebab selalu rasa diri ini kerdil.

    Ya saya masih tak percaya. Tapi perkara baik akan muncul bila kita mencuba dan usaha. Wajib percaya pada perancangan Allah.

    Sekarang hati penuh rasa syukur.

    Sumber: Threads @aisyahsammm

    MENARIK:  [VIDEO] Dr Afifah Kongsi Ibu & Suami Jadi Tulang Belakang Hingga Bergelar Doktor Gigi – ‘Nubhan Selalu Melawat Dekat Mesir’

    The post Selepas Jason ‘Review’ Kedai, Peniaga Syukur Terima Banyak Pesanan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah