28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isa Khan Kecewa, Dakwa Ramai Semakin Kurang Berkongsi Isu Gaza – ‘Masa Sumud Flotilla Bukan Main Rancak’

    Shopee Sale

    Pelakon Isa Khan meluahkan rasa kecewa apabila mendapati perhatian orang ramai terhadap perkembangan di Gaza kini semakin berkurangan.

    Artikel Berkaitan: Isa Khan Anggap Konten ‘Jamilah’ Mengarut & Memalukan Agama – ‘Bini Orang Menggatal, Komen Tak Senonoh’

    ‘Kenapa dah tak post?’

    Menerusi hantaran di platform Threads, Isa, 32, mendakwa isu berkenaan hanya mendapat perhatian apabila ia melibatkan selebriti atau individu yang dikenali ramai.

    Kenapa aku tengok sekarang tiada sorang pun yang muat naik pasal Gaza lagi?

    Masa Sumud Flotilla bukan main rancak lagi semua, hanya sebab artis yang sertai tu yang jadi viral sekejap.

    Dalam pada itu, Isa berkata ramai hanya menunjukkan keprihatinan apabila isu tersebut kembali tular, sambil menegaskan ia tidak wajar dianggap sebagai isu bermusim.

    Kenyataannya adalah kita ini tidak berapa peduli pun pasal Gaza sebenarnya.

    Hanya acah peduli masa tengah viral saja. Isu Gaza ini bukan bermusim. Kalian fikir mereka dah selamat ke di sana?

    Tak, Keadaan di Gaza makin hari makin teruk. Tolong jangan lupa solat sunat hajat dua rakaat setiap hari untuk saudara Islam kita di Gaza.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Badan Letih Dan Tiada Masa ‘Me Time’, Ini Rupanya Produk Yang Jadi Pilihan Para Wanita

    The post Isa Khan Kecewa, Dakwa Ramai Semakin Kurang Berkongsi Isu Gaza – ‘Masa Sumud Flotilla Bukan Main Rancak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah