28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Irudhi Strike Naskhah Terakhir Sathiya Dalam Keadaan ‘Sempurna’ – Waktu Penggambaran Kaki Kiri Saya Masih Ada’

    Shopee Sale

    Pelawak dan pelakon veteran, Sathiya menyifatkan filem Irudhi Strike sebagai karya istimewa apabila menjadi naskhah terakhir dirinya tampil sempurna di layar perak sebelum kehilangan kaki kiri akibat komplikasi penyakit kencing manis, September lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bos Mydin Beri Bantuan Kepada Sathiya, Netizen Harap Dapat Belikan Rumah Teres – ‘Mudah Nak Gerak Terutama Ke Hospital’

    ‘Filem cukup bermakna’

    Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy, 61, berkata, filem itu meninggalkan makna mendalam buat perjalanan seninya kerana menjadi memori terakhir dia beraksi tanpa sebarang kekangan fizikal.

    Penggambaran dilakukan tahun lepas, waktu penggambaran itu saya masih sihat dan kaki kiri masih ada. Jadi filem ini cukup bermakna kerana menampilkan saya dalam keadaan sempurna.

    Sekarang keadaan sudah berbeza. Mungkin selepas ini, watak yang saya bawa akan terbatas sedikit. Penonton tidak lagi akan melihat saya berlari atau beraksi seperti dahulu.

    Menariknya, selepas lebih empat dekad bergelar anak seni, Irudhi Strike juga merupakan karya pertama yang menampilkan Sathiya sebagai hero utama.

    Kata Sathiya, dia pada mulanya menolak tawaran tersebut kerana bimbang tidak dapat menjiwai watak serius memandangkan dirinya lebih sinonim dengan peranan komedi.

    Saya memang takut sebab ini kali pertama saya diberi watak berat yang menuntut saya menangis dan beremosi. Selama ini orang kenal saya sebagai pelawak.

    Saya hampir menolak, tapi pengarah T. Danesh Kumar banyak memberi keyakinan dan bimbingan. Dalam filem ini, penonton akan melihat sisi lain diri saya yang tiada lawak, 100 peratus serius.

    Tambah Sathiya, Irudhi Strike turut menjadi simbol perpaduan apabila menghimpunkan pelakon daripada pelbagai kaum dan menggunakan dua bahasa iaitu Tamil dan Melayu.

    Filem ini bukan sekadar menghiburkan, tapi membawa mesej penting tentang semangat, harapan dan perjuangan. Saya harap penonton semua datang menonton di pawagam kerana filem ini punya jiwa tersendiri.

    Selain Sathiya, filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada 30 Oktober ini turut dibintangi oleh Irfan Zaini, Ravin Rao Santheran, Jibrail Rajhula, Affie Rania, Komalaa Naaidu, Alvin Martin dan Saresh D7.

    MENARIK:  [VIDEO] Wanita Tunggang Motosikal Bersama Dua Anak Kecil Di Stesen Minyak Runtun Hati Netizen – ‘Orang Perempuan Sebenarnya Kuat’

    Karya arahan T. Danesh Kumar itu mengisahkan Coach Senbagamaran (Sathiya) bekas pemain bola sepak yang melatih sekumpulan remaja kampung bagi membentuk pasukan bola sepak yang bertujuan bukan sekadar untuk menang, tetapi ingin menanam nilai disiplin dan memberi sinar masa depan.

    Namun perjalanan mereka tidak mudah apabila berdepan dengan sindiket yang memperalatkan golongan muda demi keuntungan hingga memaksa mereka berjuang di mahkamah demi menyelamatkan maruah serta masa depan kampung mereka.

    The post Irudhi Strike Naskhah Terakhir Sathiya Dalam Keadaan ‘Sempurna’ – Waktu Penggambaran Kaki Kiri Saya Masih Ada’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah