Lebih mengutamakan ketenangan, pelakon Datin Intan Najuwa memilih untuk tidak memberi ruang kepada individu toksik untuk masuk dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Terima Ugutan Bunuh, Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Saya Dah Cukup Bersabar’
Artikel Berkaitan: ‘Dua Hari Dekat Paddock, Kenal Bau Dia’ – Petugas F1 Puji Perfume Intan Najuwa, Riena Diana ‘Spill’ Jenis Wangian
Tak beri peluang

Kata Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dia kini lebih selektif dalam memilih individu yang dibenarkan memasuki kehidupannya demi menjaga kesejahteraan keluarga.
Menurutnya, tindakan itu bukanlah tanda sombong sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi keluarga daripada pengaruh negatif.
Hidup ini mudah sahaja sebenarnya. Bila orang dah benci, suka fitnah dan cakap perkara yang bukan-bukan pasal kita, tak perlu pening kepala cut off terus.
Kena pilih dengan siapa yang kita nak berkawan. Bukan semua orang saya boleh bagi masuk dalam hidup saya. Bukan sebab sombong atau rasa diri bagus tapi sebab saya terlalu jaga keluarga saya.
Mengulas lanjut, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkata dia lebih mementingkan ketenangan keluarga daripada membuang tenaga memuaskan hati semua pihak.
Saya tidak suka bagi orang yang ada niat tak baik akses kepada kehidupan saya terutamanya keluarga.
Ketenangan keluarga saya lebih penting daripada nak jaga hati orang.
Pada akhirnya tidak semua akan boleh masuk dengan saya dan saya tiada masalah langsung dengan perkara itu.
Sumber: Instagram
The post Intan Najuwa Pilih ‘Cut Off’ Golongan Toksik, Utamakan Ketenangan Diri & Keluarga first appeared on OHBULAN!.





