“Nanti dululah…”
Ayat ni mungkin biasa kita dengar bila bercakap tentang saringan kanser payudara.
Ada yang terlalu sibuk, ada yang takut, malah ada yang rasa belum perlu buat pemeriksaan selagi badan masih sihat dan tiada sebarang simptom.
Tapi pernah tak kita terfikir, mungkin mereka cuma perlukan sedikit dorongan daripada orang tersayang?
Kalau sayang, jom sama-sama ambil peduli
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, HOMESOY meneruskan usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal menerusi kempen tahunannya yang kini memasuki tahun ketiga.
Bezanya kali ini, mesej tersebut bukan hanya ditujukan kepada wanita sahaja.
Sebaliknya, semua orang boleh memainkan peranan.
Kadangkala, mereka hanya perlukan dorongan daripada orang tersayang
Dalam kehidupan seharian, kita mungkin selalu ingatkan ibu, isteri, adik-beradik atau kawan tentang macam-macam perkara.
“Dah makan?”
“Jaga diri.”
Tapi bila kali terakhir kita tanya, “Dah buat saringan payudara?”
Menerusi sebuah video eksperimen sosial, HOMESOY mengetengahkan pelbagai faktor yang menyebabkan wanita menangguhkan pemeriksaan saringan payudara.
Video tersebut turut menunjukkan bagaimana sokongan insan tersayang mampu mendorong wanita mengambil langkah pertama untuk mengutamakan kesihatan diri.
Sebab itu, tahun ini HOMESOY mengajak lelaki, pasangan, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menjadi penyokong kepada wanita dalam hidup mereka.
Kadang-kadang, satu mesej WhatsApp, satu panggilan telefon atau sekadar tawarkan diri untuk teman pun dah cukup untuk buat mereka lebih yakin.
Dah bersedia nak buat saringan? Ada berita baik!

Sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan lebih ramai wanita mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan, HOMESOY turut bekerjasama dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan lebih 40 pusat perubatan di seluruh negara bagi memudahkan akses kepada saringan payudara.
Antaranya termasuk Sunway Medical Centre, Subang Jaya Medical Centre, Prince Court Medical Centre serta hospital terpilih KPJ dan Columbia Asia.
Wanita yang menjalani saringan kanser payudara di lokasi yang mengambil bahagian akan menerima pek HOMESOY 3.0 Soya Milk secara percuma, dengan nilai keseluruhan sehingga RM100,000.
Secara keseluruhan terdapat 200 saringan payudara percuma yang ditawarkan kepada wanita di Malaysia hasil kerjasama antara HOMESOY dengan Columbia Asia dan NCSM.
Kempen ini juga turut menjelaskan salah faham mengenai pengambilan soya serta berkongsi maklumat tentang manfaat pemakanan dan kesihatannya. Pelbagai kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan soya tidak menyebabkan kanser payudara.
Malah, pengambilan soya yang lebih tinggi dalam kalangan wanita Asia dikaitkan dengan risiko kanser payudara yang lebih rendah.
Soya mengandungi isoflavon, iaitu sejenis sebatian semula jadi yang dikenali sebagai estrogen berasaskan tumbuhan. Sebatian ini tidak bertukar menjadi estrogen manusia di dalam tubuh, sebaliknya bertindak bersaing dengan estrogen semula jadi untuk mengehadkan aktivitinya.
Memilih susu soya diperkaya yang berkualiti tinggi merupakan pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan pemakanan harian, kandungan protein soya yang lebih tinggi membekalkan lebih banyak isoflavon.
Kalau bukan kita, siapa lagi nak ajak?
Kita selalu ingatkan orang tersayang untuk makan, rehat dan jaga diri, tak salah untuk kita ingatkan mereka tentang saringan kesihatan juga.
Jadi, kalau ada ibu, isteri, kakak, adik atau kawan wanita yang dah lama tangguh untuk buat saringan, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk ajak mereka.
Tonton video eksperimen sosial HOMESOY sehingga habis dan kongsikan kepada orang yang korang sayang.
Sebab kadang-kadang, satu ajakan kecil daripada kita boleh jadi langkah pertama mereka untuk lebih mengambil berat tentang kesihatan diri.
Rujukan:
Trock BJ, Hilakivi-Clarke L, Clarke R. Meta-analysis of soy intake and breast cancer risk. J Natl Cancer Inst. 98(7):459-71, 2006.
Wu AH, Yu MC, Tseng CC, Pike MC. Epidemiology of soy exposures and breast cancer risk. Br J Cancer. 98(1):9-14, 2008.
The post Ramai Wanita Tangguh Saringan Kanser Payudara, Tapi Mereka Sebenarnya Perlukan Kita first appeared on OHBULAN!.





