Kembali dengan edisi kedua, Paling Viral 2.0 (OBPVO) memperkenalkan calon-calon terbaharu bakal berentap termasuk kategori Filem Paling Viral.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Amir Ahnaf, Aedy Ashraf & Tracie Sinidol Antara Calon Pelakon Paling Viral, Siapa Selebriti Pilihan Anda?
Artikel Berkaitan: Paling Viral Online 2.0 Kembali Lagi! Sembilan Kategori Jadi Rebutan
Mengangkat karya hebat

Industri perfileman tempatan terus menghasilkan pelbagai karya menarik yang berjaya mencuri perhatian penonton menerusi jalan cerita, barisan pelakon serta kualiti produksi yang dipersembahkan.
Selain mengetengahkan karya yang mendapat perhatian ramai, pencalonan ini turut menjadi platform untuk menghargai usaha penggiat industri kreatif dalam menghasilkan filem yang mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
Menariknya, persaingan dalam kategori ini pasti mengundang keterujaan peminat untuk melihat filem pilihan masing-masing mendapat sokongan tertinggi. Dengan undian daripada orang ramai, peminat berpeluang memainkan peranan dalam menentukan karya yang bakal membawa pulang gelaran Filem Paling Viral.
Berikut antara calon-calonnya:
1. Libang Libu
2. Polong
3. Ah Beng vs Liang Po Po
4. Mojoku Hilang!
5. Chelot
6. Khadam
7. Tarung
8. Mikael Pemburu Dua Alam
9. Pewaris Susuk
10. Gayong 2
11. Kata Hati
12. Malaikat Malam
13. 5 Bomoh
14. Akad Yang Hilang
15. Nar’sata: Sekutu Setan
Paling Viral 2.0 (OBPVO) mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: 15 Karya Tercalon Kategori ‘Filem Paling Viral’, Hargai Kreativiti Penggiat Seni Tempatan first appeared on OHBULAN!.





