31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lelaki Penghidap Penyakit Iktiosis Kongsi Cabaran Hidup – ‘Orang Tak Boleh Tengok, Mereka Takut Berjangkit’

    Shopee Sale

    Seorang individu berkongsi pengalaman serta cabaran yang dilaluinya sebagai penghidap penyakit Iktiosis dalam mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemuda ‘Korban’ Zaman Muda Kutip Sampah, Bantu Sara Tiga Adik Bersekolah – ‘Saya Buat Dua Kerja, Janji Halal’

    MENARIK:  Cik Epal Gesa LHDN Siasat Perniagaan Jofliam – ‘100% Tunai, Untung Jualan Lebih Kurang RM600K Sebulan’

    Artikel Berkaitan: Sharmaine Alexander Nafi Buat Suntikan Filler, Dedah Hidap Penyakit Kulit – ‘Berhenti Buat Andaian & Pilih Untuk Buat Baik’

    Cabaran penghidap Iktiosis

    " data-video-id="7672278929994091783" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @bfmradio

    📍🟡 “Kalau pergi interview kerja, kami orang pertama yang kena reject.” Firdaus, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Malaysia (PEKIM) menceritakan pengalamannya sebagai seorang penghidap iktiosis: •⁠ Perbezaan antara iktiosis dan psoriasis •⁠ Diskriminasi yang dihadapi daripada masyarakat •⁠ Kos yang perlu ditanggung •⁠ ⁠Harapan untuk pengidap lain Video penuh di YouTube BFM. #malaysiatiktok #ichthyosis #penyakitkulit

    ♬ original sound – BFM89.9 – Bold Frank Media – BFM89.9 – Bold Frank Media

    Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali sebagai Firdaus memaklumkan penghidap penyakit Iktiosis masih berdepan kesukaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

    Dalam pada itu, Firdaus turut mendedahkan dirinya yang pernah berdepan diskriminasi di tempat kerja kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami keadaan penyakit Iktiosis.

    Peluang kami untuk menjana pendapatan agak kurang.

    Kami kerap terima diskriminasi di tempat kerja. Lepas SPM, saya kerja sebagai tukang cuci kereta.

    Itulah kerja pertama saya yang sangat sesuai dengan kami sebab boleh bermain dengan air, jadi lembab.

    Saya kerja di situ tak sampai seminggu. Tiba-tiba majikan bagitahu esok tak payah datang kerja.

    Bila ditanya kenapa, majikan cakap orang tak boleh tengok saya. Mereka takut penyakit saya berjangkit masa bersihkan kereta pelanggan.

    Ditanya mengenai isu diskriminasi pada masa kini, Firdaus percaya perkara tersebut masih berlaku namun kebanyakannya dilakukan secara halus dan tidak disedari oleh orang ramai.

    Menurut Firdaus, rakan-rakannya yang juga merupakan penghidap penyakit Iktiosis masih berdepan kesukaran mencari kerja meskipun memiliki kelayakan akademik yang baik.

    Saya terpaksa terima lah. Itu adalah pekerjaan yang sesuai dengan kami tapi tak dapat diterima oleh masyarakat.

    Sehingga kini saya merasakan diskriminasi di tempat kerja masih berjalan tapi secara senyap. Kebanyakan penghidap penyakit ini masih lagi tercari-cari.

    Ramai yang ada kelayakan akademik yang baik tapi tidak dapat peluang yang sewajarnya.

    Sumber: TikTok @BFM89.9

    The post [VIDEO] Lelaki Penghidap Penyakit Iktiosis Kongsi Cabaran Hidup – ‘Orang Tak Boleh Tengok, Mereka Takut Berjangkit’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah