34.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Salahkan Pihak Sekolah’ – Eyra Hazali Terkejut Guru Diserang Pelajar, Pernah Rancang Hantar Anak Ke Sekolah Sama

    Shopee Sale

    Pelakon, Eyra Hazali mengakui terkejut selepas mengetahui mengenai insiden seorang pelajar yang didakwa menyerang guru di sebuah sekolah swasta di Kuching, Sarawak.

    Artikel Berkaitan: Pelanggan Kurang Puas Hanya Dapat 1 Ketam & 2 Udang Dalam Hidangan, Eyra Hazali Mohon Maaf – ‘Ini Bukan Standard Kami’

    Artikel Berkaitan: Endra Berjaya Berhenti Minum Botol Susu Pada Usia 4 Tahun, Eyra Hazali Bagi ‘Reward’… Bawa Pergi Kedai Kegemaran

    Terkejut baca berita

    Menerusi perkongsian di Threads, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 27, memaklumkan bahawa dia sebelum ini merancang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah berkenaan.

    Agak terkejut membaca berita yang berlaku di sekolah di Kuching kerana kami sebenarnya merancang untuk menghantar anak-anak ke sana.

    Saya doakan agar guru tersebut segera pulih dan pelajar berkenaan mendapat bantuan serta sokongan yang diperlukan.

    Saya juga berharap semua pihak yang terkesan berada dalam keadaan baik.

    Bagaimanapun, ibu kepada tiga orang anak ini tidak menyalahkan pihak sekolah di atas kejadian yang berlaku, malah percaya bahawa mereka telah mengendalikan insiden itu dengan baik.

    Ya, betul. Saya langsung tidak menyalahkan pihak sekolah dan mereka telah mengendalikan perkara ini dengan sangat baik.

    TPH memang pilihan nombor satu kami dalam senarai.

    Terdahulu, polis mengesahkan penahanan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang disyaki menyerang guru wanita menggunakan kapak di sebuah sekolah swasta di Kuching, Sarawak.

    MENARIK:  Netizen Dakwa ‘Baby Bump’ Watie Makin Jelas, Komen Shuib Bikin Terhibur – ‘Banyak Sangat Makan Ni’

    Mangsa mengalami kecederaan pada tangan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak, manakala suspek ditempatkan sementara di wad psikiatri hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.

    Sumber: Threads

    The post ‘Tak Salahkan Pihak Sekolah’ – Eyra Hazali Terkejut Guru Diserang Pelajar, Pernah Rancang Hantar Anak Ke Sekolah Sama first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah