
Setelah sedekad berkecimpung dalam industri muzik tanah air, kumpulan Insomniacks bakal muncul dengan konsert solo yang diberi nama Insomniacks: Echoes Of A Dream.
Konsert solo pertama

Insomniacks: Echoes Of A Dream ini dianjurkan oleh SAH Entertainment dan berkolaborasi bersama Universal Music yang akan berlangsung pada 12 Julai 2025 bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.
Insomniacks yang dianggotai seramai tiga ahli ini bukan sahaja memiliki peminat di Malaysia, malah, dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
Pulang, Reminisensi, Sempurna dan Igauan Malam adalah antara lagu-lagu popular milik kumpulan ini.
Kolaborasi Insomniacks bersama penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Cerita Kita juga berjaya meraih tempat di kalangan penggemar muzik tempatan dan antarabangsa.
Sejarah besar buat Insomniacks

Menurut pengarah urusan SAH Entertaiment iaitu Sufi Rashid, penjualan tiket akan dijual dengan harga mampu milik sebagai tanda menghargai peminat-peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan kumpulan ini.
Ini akan menjadi satu detik bersejarah buat Insomniacks sendiri kerana ia adalah konsert solo pertama mereka.
Untuk jualan tiket pula, kami sepakat menawarkan harga mampu milik supaya peminat-peminat Insomniacks dapat bersama-sama mencipta detik bersejarah tersebut dan ia paling murah pernah dijual di Zepp KL selepas sekian lama.
Harga tiket konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream ini bermula pada RM138 (Maniacks, standing), RM168 (Sempurna, seating), RM228 (Reminisensi, seating), dan RM6888 (Pulang, VIP box).
Bagi yang berminat, tiket konsert boleh didapatkan melalui laman sesawang Ticketmelon bermula 5 Mei ini. Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi SAH Entertaiment melalui emel [email protected].





