28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Insiden Pekerja ‘Homestay’ Skodeng Mandi, Lyanaz Hassan Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Pelaku Sudah Ditahan Polis’

    Shopee Sale

    Usahawan produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan memaklumkan pekerja homestay yang didakwa mengintipnya ketika sedang mandi sudah ditahan pihak polis.

    Artikel Berkaitan: Datin Lyanaz Hassan Menggigil Kawal Marah, Pekerja ‘Homestay’ Didakwa Skodeng & Rakam Video Tengah Mandi

    Pelaku sudah ditahan

    Menerusi hantaran di TikTok, Lyanaz juga memberitahu dia akan membawa kes tersebut ke peringkat undang-undang demi mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar.

    Pelaku sudah ditahan pihak polis pada pagi Khamis. Saya juga menghubungi peguam untuk bawa kes ini tengah (peringkat undang-undang).

    Saya tidak akan melepaskan kes ini, kerana perkara yang terjadi tidak sepatutnya berlaku.

    Dalam pada itu, Lyanaz juga menafikan insiden yang berlaku merupakan sebahagian daripada pemasaran. Tegasnya, dia masih tahu batas sebagai seorang Muslim untuk tidak melakukan konten kotor seperti itu.

    Insiden ini juga bukan sebahagian daripada marketing, saya sudah berniaga hampir 20 tahun. Bukan level saya untuk buat marketing kotor seperti ini.

    Saya tidak pernah lakukan marketing tidak berasas demi mendapatkan duit. Allah maha melihat, saya tidak akan lakukan sesuatu yang di luar batas seorang wanita Islam, ibu, isteri dan anak perempuan.

    Dalam pada itu, Lyanaz juga berharap insiden yang menimpa dirinya dijadikan pengajaran oleh orang ramai terutama kaum wanita supaya lebih berhati-hati ketika menginap di mana-mana rumah peranginan.

    Untuk kaum wanita di luar sana tolong jadikan kisah saya sebagai iktibar dan berhati-hati walau di mana anda berada. Jangan percaya sesiapa pun.

    Selepas ini, kalau kalian mahu mandi, sediakan kain sarung, baju kelawar atau berkemban. Check juga kawasan tempat itu seperti kedudukan tingkap dan siling.

    Tiada siapa yang berhak untuk merakam apa jua keadaan kita ketika berada di sebuah tempat yang privasi. Ini melibatkan maruah.

    Terdahulu, Lyanaz meluahkan rasa berang apabila mendakwa diintip oleh seorang pekerja homestay ketika sedang mandi di sebuah rumah inap yang didiaminya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Hanya Minta Hak Seorang Bapa, Melawat & Bermalam Bersama Anak-Anak’

    Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Selasa, Lyanaz berkata, dia tersedar seseorang sedang membuat rakaman menggunakan telefon bimbit ketika dirinya sedang mandi, sebelum menjerit meminta bantuan.

    Video

    " data-video-id="7543513017883839765" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @lyanazhassan77

    Maruah wanita…dont forget to speak out.

    ♬ original sound – Datin Lyanaz Hassan – Datin Lyanaz Hassan

    The post Insiden Pekerja ‘Homestay’ Skodeng Mandi, Lyanaz Hassan Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Pelaku Sudah Ditahan Polis’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah