Seorang individu tampil berkongsi tentang keperibadian dan sifat merendah diri yang dimiliki oleh pelakon terkenal Shaheizy Sam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sampai Hari Ini Orang Panggil Saya Mat Rempit, Tapi Sebenarnya Saya Takut Bawa Motor’ – Shaheizy Sam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Abang Ipar Yang Sempurna, Sangat Lembut Dengan Keluarga & Anak-Anak’ – Shaheizy Sam
Shaheizy Sam merendah diri
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mengimbas kembali momen ketika dirinya dan arwah bapa berkesempatan bertemu dengan pemilik nama Shaheizy Sam Abdul Samad itu di sebuah majlis.
Masa jamuan raya tahun 2012, arwah abah minat dia tapi strok atas kerusi roda. Kemudian nampak dia datang majlis raya.
Saja menghampiri dia dekat meja VIP, bodyguard dia datang nak halang. Tapi saya dapat bisik dekat dia.
Menurut individu berkenaan, Sam bangun dan menyantuni arwah bapanya sejurus selepas dia menyatakan hasrat tersebut.
Saya kata, abah nak bergambar tapi dia strok. Sam terus bangun, datang dekat meja abah dan bergambar.
Kepada Sam, terima kasih sangat-sangat. Sudah lama, tapi hari-hari saya ingat kejadian itu.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama ketika bertemu dengan pelakon filem Adnan Sempit itu.
Bukan itu sahaja, warganet juga memuji sikap isteri kepada aktor tersebut iaitu Syatilla Melvin yang disifatkan sangat peramah dan menghargai peminat.
Sumber: Threads
The post Individu Terharu Kenang Shaheizy Sam Santuni Arwah Bapa Sakit Strok – ‘Dia Terus Bangun Datang Dekat Meja & Bergambar’ first appeared on OHBULAN!.





