Personaliti media sosial, Cik B mempersoalkan pertanyaan seorang individu yang mendakwa dirinya tidak mengupah jurulatih dan cef peribadi dalam usaha menjaga kesihatan dan bentuk badan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terima Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat’ – Vida
Artikel Berkaitan: [VIDEO] DSV & Leona Mesra Menari, Kapsyen Cik B Raih Sebak – ‘Di Kehidupan Lain, Saya Akan Jadi Anak Perempuan Yang Mama Impikan’
‘Betul ke?’

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkongsi gambar makanan yang dipercayai disediakan oleh cef peribadinya.
Dalam muat naik itu juga, Cik B turut mempersoalkan dakwaan inidividu itu sekali gus menjawab segala tanda tanya yang bermain di fikiran mereka.
Ye ke tiada?
Sebelum ini, individu itu secara terbuka mempersoalkan mengapa anak kepada usahawan Datuk Seri Vida tidak mengupah cef dan jurulatih peribadi memandangkan mereka lebih berkemampuan.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian Cik B. Tidak berdiam diri, Cik B terus menjawab persoalan itu.
Sumber: Threads
The post Individu Persoal Tak Upah ‘Private Coach’ & Cef Peribadi, Cik B Jawab – ‘Ye Ke Tiada’ first appeared on OHBULAN!.





