Ibu kepada penyanyi terkenal, Ziana dan Anuar Zain iaitu Robiah Abdul disahkan meninggal dunia pada malam Rabu.
Artikel Berkaitan: Bapa Ziana & Anuar Zain Meninggal Dunia
Al-Fatihah

Ketika dihubungi , Ziana memaklumkan arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.42 malam di Hospital Klang pada usia 74 tahun selepas berjuang melawan kanser.
Menurut Ziana, kanser hati yang dihidapi ibunya telah merebak ke beberapa organ dalaman lain termasuk usus dan buah pinggang.
Mak meninggal dunia pada jam 10.42 malam Rabu. Jenazah masih berada di Hospital Klang dan saya sekeluarga sedang menunggu urusan seterusnya.
Mak menghidap kanser hati yang sudah merebak ke usus dan buah pinggang. Kanser itu telah merebak ke seluruh organ dalaman.
Tambah Ziana, urusan memandikan dan pengebumian jenazah dijangka dilakukan pada pagi Khamis.
Insya-Allah, jenazah akan dimandikan dan dikebumikan pagi ini (Khamis), sekitar jam 10 pagi di masjid.
Untuk rekod, Ziana dan Anuar sebelum ini turut kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Zin @ Zain Abdullah yang meninggal dunia pada 26 Ogos lalu pada usia 87 tahun.
The post Ibu Ziana Zain Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati first appeared on OHBULAN!.





