25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Kejam Bunuh Anak dan Bagi Gambar Kepada Suami Melalui WhatsApp

    Shopee Sale



    Gambar sekadar hiasan

    Seorang ibu tergamak mengelar leher anak lelakinya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian di kawasan perumahan dekat Pasir Gudang, Johor pada tengahari Sabtu.

    Siap hantar gambar pada suami

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, wanita itu bukan sahaja tergamak mengelar leher anaknya bahkan turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran dengan darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.

    Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, pihak mereka berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun selepas mendapat laporan mengenai kejadian pada kira-kira jam 1.30 tengahari Sabtu.

    Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

    Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini.

    Tambah Kumar, motif serta punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan pihak polis.

    MENARIK:  Shila Amzah Kesal Netizen Tuduh Ubai MZ Kaki Pukul – ‘Bukan Dia Ya, Saya Hanya Simpati Dengan Nasib Zahnita’

    Mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah