27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Dakwa Anak Alami Kesan Merah di Leher Selepas ‘Dipeluk & Dicium oleh Guru Matematik’

    Shopee Sale



    Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan berkenaan salah laku seksual oleh seorang guru wanita ke atas pelajar lelaki seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

    Ada kesan merah pada leher anak

    Menurut Wan Kamarul, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun.

    Wanita itu mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anaknya yang pada ketika itu berusia 16 tahun, kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa balik dari ulang kaji pelajaran bersama guru matematik.

    Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama guru matematiknya di perpustakaan.

    Difahamkan, remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya mendakwa telah dipeluk dan dicium wanita berusia 37 tahun itu dalam satu kejadian pada 12 Disember lalu sekitar jam 4.50 petang.

    Pelajar itu mendakwa telah dipeluk dan dicium oleh guru matematik berusia 37 tahun itu hingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya.

    Mangsa kemudian dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan ke atas kesan kemerahan yang terdapat pada lehernya. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.

    MENARIK:  Shuib & Mamat Syukur Dapat Tunai Umrah Bersama, Titip Doa Dikurniakan Zuriat – ‘Alhamdulillah Dijemput Menjadi Tetamu Allah’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah