27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shuib & Mamat Syukur Dapat Tunai Umrah Bersama, Titip Doa Dikurniakan Zuriat – ‘Alhamdulillah Dijemput Menjadi Tetamu Allah’

    Shopee Sale



    Pelawak Shuib dan Mamat meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang dalam menjadi tetamu Allah selepas ditipu sebuah agensi pengendali Umrah.

    Hajat termakbul

    Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 40, mendedahkan doa yang dipohon ketika berada di Tanah Suci, Mekah.

    Menurutnya, hasrat untuk menambah cahaya mata adalah atas persetujuan isteri dan anak-anak.

    Alhamdulillah kali ini saya dan anak-anak terpilih lagi jadi tetamu Allah.

    Kali ini lain sikit sebab kami ada buat trip ziarah dan umrah.

    Harap-harap Allah permudahkan dari segi kewangan dan pengurusan anak-anak.

    Saya dan watie ada perancangan untuk ada baby baru sebab abang dan kakaknya dah minta nak ada adik.

    Jantina kami tak kisah, yang penting Allah makbulkan doa.

    Dalam pada itu, Shuib memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusannya dan Watie untuk dikurniakan zuriat.

    Mamat bersyukur dapat tunai Umrah dengan isteri

    Berkongsi lebih lanjut, Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, tidak menyangka dengan rezeki yang dimilikinya apabila dijemput untuk menunaikan Umrah bersama isteri tercinta dan sahabatnya.

    MENARIK:  Ammar Alfian Bersuara Selepas Nama Dipetik Tumbuk Muka Kekasih – ‘Bukan Aku, Tahulah Muka Aku Jahat’

    Tambah Mamat, dia berdoa agar rumah tangganya sentiasa diberkati.

    Dulu saya pergi 10 tahun yang lalu tahun 2015 dan Alhamdulillah kali ini Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki akhirnya tahun 2025 dapat pergi bersama isteri tercinta.

    Itu yang special umrah kali ini, dan sama macam pasangan suami isteri lain saya dan isteri insya Allah akan banyak doakan agar hidup kami diberkati, kekal bahagia hingga syurga.

    Selain itu, Mamat juga mendedahkan bahawa dia memohon doa agar dikurniakan zuriat bagi penyeri rumah tangganya bersama isteri, Nordiana Ibrahim.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah