Rambut merupakan mahkota bagi kaum wanita, namun Islam menetapkan batasan tertentu dalam memperhiasinya.
Artikel Berkaitan: Tak Perlu Produk Mahal, Guna Kiub Ais Je Dah Cukup Untuk Kulit Sihat & ‘Glowing’
Artikel Berkaitan: Tak Perlu Malu Lagi! Cerahkan Celah Paha Dengan Bahan Dapur Je, Memang Menjadi!
Haram warnakan rambut dengan pewarna hitam

Sebagai seorang wanita muslimah tidak dibenarkan untuk menayangkan rambutnya kepada lelaki yang bukan mahram, sama ada sudah berkahwin atau masih bujang.
Walaupun begitu, Islam tetap membenarkan wanita untuk berhias dan mencantikkan diri, termasuk mewarnakan rambut, dan dalam keadaan tertentu, ia digalakkan atau dianggap sunat.
Bagi wanita yang rambutnya sudah beruban, mewarnakan rambut dengan pewarna hitam dianggap haram kerana ia termasuk dalam kategori memalsukan keadaan semula jadi rambut, yang boleh menimbulkan tanggapan mengenai usia sebenar seseorang.
Sebaliknya, mewarnakan rambut dengan warna selain hitam dibenarkan selagi ia tidak menyerupai simbol atau agama lain.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, keterangan para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa haram bagi lelaki atau perempuan mewarnakan janggut dan rambut dengan pewarna hitam.
Haram bagi lelaki atau perempuan mewarnakan janggut dan rambut dengan warna hitam.
Namun, sunat mewarnakan uban dan rambut dengan warna yang lain, sama ada kuning atau merah.
Selain daripada inai, rambut juga boleh diwarnakan menggunakan sebarang jenis produk pewarna rambut, selagi ia memenuhi syarat yang ditetapkan oleh ulama, contohnya tidak menghalang air ketika berwuduk.
Bahan pewarna tersebut juga hendaklah selamat dan bebas daripada sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan.
Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa setiap orang yang memiliki rambut hendaklah memuliakannya, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud.
Barang siapa yang memiliki rambut, hendaklah dia memuliakannya.
Ibarat mengubah ciptaan Allah

Sebahagian ulama berpendapat bahawa meluruskan atau mengerintingkan rambut dibenarkan selagi ia dilakukan tanpa menggunakan bahan kimia yang mengubah struktur protein rambut.
Walau bagaimanapun, terdapat juga ulama yang mengharamkan prosedur seperti rebonding kerana ia menggunakan bahan kimia yang meluruskan rambut secara kekal, kerana ia diibaratkan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Pendekatan yang dibenarkan adalah yang tidak mengubah struktur atau fungsi rambut, tidak bersifat kekal, dan tidak menyerupai amalan budaya orang yang tidak beriman atau fasiq.
Bahan yang digunakan juga mesti bersih dan suci, serta tidak menghalang air daripada sampai ke rambut ketika bersuci, termasuk dalam hal mengambil wuduk dan mandi wajib.
Islam membenarkan wanita berhias dan memperindah rambut selagi tujuannya adalah untuk mengekalkan kecantikan diri sendiri, bukan untuk melakukan maksiat atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Berhias untuk suami juga dibolehkan, terutamanya jika ia atas permintaan atau keizinan suami, selagi semuanya dilakukan mengikut batas syariat.
Sumber: Ikhlas
The post Hukum Mewarnakan & Meluruskan Rambut Bagi Wanita Muslimah first appeared on OHBULAN!.





