Pelakon jelita, Anzalna Nasir menyuarakan kehairanan apabila isu mengenai ‘follow’ dan ‘unfollow’ di media sosial masih menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Utamakan Pendidikan, Dah ‘Survey’ Sekolah Anak Sejak Bayi – ‘Saya Nak Berikan Yang Terbaik’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Dedah ‘Followers’ Makin Meningkat – ‘Hati Mereka Baik, Tak Boikot Pun’
Tak habis lagi?

Menurut pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata media sosial tidak seharusnya dijadikan penanda aras dalam menilai hubungan antara individu.
Malah katanya, dia juga tidak mengambil berat tentang perkara itu dan enggan terlalu memikirkannya.
Aduh, isu follow unfollow ni tak habis-habis lagi ke? Hidup kita bukan dekat Instagram saja pun.
Jomlah kita hidup aman damai. Saya pun tidak kisah siapa nak follow atau unfollow. Kadang saya sendiri pun tidak perasan!
Hubungi satu sama lain

Dalam pada itu, pelakon drama Aku Bukan Mistress itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah selebriti yang tidak saling mengikuti di media sosial sebenarnya kerap berhubung melalui WhatsApp.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya.
Sumber: Threads
The post ‘Hidup Kita Bukan Dekat Instagram Je’ – Anzalna Nasir Hairan Isu Follow & Unfollow Masih Jadi Perdebatan first appeared on OHBULAN!.





