Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat meluahkan rasa kurang senang apabila melihat golongan lelaki memakai pakaian wanita.
Artikel Berkaitan: ‘Baju Melayu Ini Simple Je’ – Hatta Dolmat ‘Sakit Mata’ Tengok Fesyen Pelik Baju Melayu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sabar Untuk Lihat Busana Yang Diperbuat Daripada Kek & Dipakai Oleh Model’ – Hatta Dolmat
Lelaki berpakaian wanita

Menerusi satu hantaran, seorang pengguna Threads memuat naik foto lelaki memakai baju kebaya berserta komen-komen warganet yang dilihat seolah-olah menyokong perbuatan tersebut.
Pemilik nama Muhammad Hatta Dolmat itu kemudian meninggalkan komen pada hantaran berkenaan dengan memberikan pandangan bahawa perbuatan tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan.
Menurut Hatta, tindakan itu perlu ditegah namun pendekatan berbeza perlu diterapkan semasa menasihati mereka terutama kepada golongan muda seperti lelaki tersebut.
Tak boleh biasakan, yang salah janganlah di galakkan.
Tapi nak tegur pun budak sekarang kena dengan pendekatan berbeza jangan terus dimaki caci.
Tambah Hatta, tiada salah jika lelaki mempunyai karakter lembut namun, mereka tidak boleh melampaui batas syariat.
Justeru, Hatta berharap agar lelaki berkenaan menyedari kekhilafannya dan berubah kepada fitrahnya semula.
Dilahirkan lembut itu tak salah, pembawakan diri dan pengaruh yang perlu dijaga dan dipantau.
Harap adik kebaya masih fikir perasaan mak ayah dan keluarga. Lelaki pun banyak saja baju lawa-lawa boleh pakai kan?
Sumber: Threads
The post Hatta Dolmat Nasihat Lelaki Berkebaya Fikir Perasaan Ibu Bapa – ‘Tak Boleh Dibiasakan, Yang Salah Jangan Digalakkan’ first appeared on OHBULAN!.





