
“Saya tak mampu buat seorang, tapi andalah penentunya.”
Itulah luahan penuh keikhlasan dari seorang bekas guru MRSM yang sanggup meninggalkan kerjaya selesa demi membina sebuah sekolah tahfiz impiannya iaitu Maahad Ar-Raudhah.
Ustaz Azli Tinggalkan Jawatan Tinggi Demi Bangunkan Maahad Tahfiz
Mungkin ramai yang tak tahu, Ustaz Azli ini bukan calang-calang individu.
Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar di MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang.
Bukan itu je, beliau juga merupakan salah seorang individu yang terlibat secara langsung sebagai panel penggubal modul MRSM Ulul Albab.
Sebuah program pendidikan integrasi tahfiz yang kini menjadi model utama dalam pendidikan Islam kontemporari.
“Saya salah seorang dari 7 panel awal MRSM Ulul Albab. Sayalah antara yang turun padang ke pelbagai tahfiz – termasuk Darul Quran (JAKIM), Mahad Imtiyaz dan Tahfiz Pahang – untuk cari best practice dan himpun maklumat. Akhirnya lahirlah Modul Ulul Albab.”
Namun demi cita-cita besar membina pusat ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, beliau ambil keputusan besar – melepaskan jawatan dan bina Mahaad Ar Raudhah dari kosong.
Bukan Sekadar Model Tahfiz Biasa

Maahad Ar Raudhah bukan sekadar tempat hafal al-Quran semata.
Ia adalah gabungan mantap Sains, Tahfiz, Turath dan kurikulum kebangsaan yang sekaligus menjadi satu pendekatan holistik dalam membina pelajar berakhlak, pintar dan berdaya saing.
“Kami mahu lahirkan remaja yang bukan saja cemerlang akademik, tapi juga punya sahsiah tinggi, faham kitab turath dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta ekonomi negara.”
Ustaz ini tekankan Maahad Ar-Raudhah bakal menjalankan pendekatan serampang 3:
- Kurikulum arus perdana
- Hafazan al-Quran
- Ilmu turath (kitab klasik)
Bakal menelan belanja RM30 Juta – Tapi Kalau Ramai Kongsi, Boleh Jadi Realiti!

Realitinya, untuk merealisasikan impian besar ini, dana sebanyak RM30 juta diperlukan.
Kos ini merangkumi pembinaan bangunan, fasiliti lengkap, dan kos operasi penuh Mahaad.
Walau bagaimanapun, ustaz ini tetap optimis.
“Kalau 30,000 rakyat Malaysia sumbang RM1,000 seorang, kita dah cukup RM30 juta. Kalau tak mampu, ajak keluarga kongsi. RM10 dari 5 orang pun dah cukup beri sinar harapan.”
Malah bagi yang tak mampu menyumbang secara kewangan, beliau memohon satu sahaja: doa.
Jom Jadi Sebahagian Dari Perjuangan Ini

Buat korang yang ingin menyumbang kepada pembinaan Mahaad Ar Raudhah, bolehlah salurkan sumbangan korang ke:
Maybank Musolla Ar-Raudhah
Nombor akaun: 5561 6924 2554
“Saya jujur… tak mampu buat seorang. Tapi kalau kita sama-sama, insyaAllah Mahaad Ar Raudhah akan jadi realiti.”
Bukan mudah tinggalkan kerjaya stabil untuk bina sesuatu dari kosong. Tapi demi ilmu, demi agama, demi anak-anak generasi akan datang. Inilah pengorbanan sebenar seorang pendidik sejati.
Ketahui lebih lanjut mengenai Maahad Ar Raudhah dengan ikuti Facebook, Instagram dan TikTok atau laman rasmi Musolla Ar-Raudhah dengan klik di SINI.
Jom bantu ustaz realisasikan impian ini!





