26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hael Husaini Kongsi Perkembangan Lagu Duet Dengan Aina Abdul – ‘Insya-Allah, Akan Siap Dalam Tahun Ini’

    Shopee Sale



    Hael Husaini

    Penyanyi dan komposer, Hael Husaini berkongsi perkembangan mengenai lagu duet bersama Aina Abdul.

    ‘Cari masa sesuai’

    Hael Husaini

    Hael atau nama sebenar Hal Husaini Razmi, 37, tidak menyangka versi demo yang tular dalam media sosial mendapat sambutan baik peminat.

    Bagaimanapun katanya, mereka masing-masing sedang mencari masa sesuai untuk menyiapkan lagu berkenaan.

    Bahagian lagu yang telah tular itu merupakan sesi demo saya bersama Aina. Tak sangka versi demo yang pendek itu tular dan mendapat sambutan.

    Jadi, sekarang saya dan Aina sedang mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan lagu tersebut.

    Hael berkata demikian ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan ‘Raya Romantics’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Janna Nick & Azar Azmi Akhirnya Bertemu, Berpelukan & Tak Mampu Tahan Sebak – ‘Janji Jangan Hilang Lagi’

    Mementingkan penghasilan karya yang berkualiti, Hael tidak menolak kemungkinan lagu tersebut bakal dilancarkan pada tahun ini.

    Saya dan Aina amat mementingkan kualiti sesebuah lagu, jadi mungkin mengambil sedikit masa. Insya-Allah, akan siap dalam tahun ini.

    Terdahulu, peminat di laman X meminta perkembangan mengenai lagu duet Hael dan Aina selepas ‘teaser’ lagu itu menjadi tular dalam media sosial.

    Meskipun hanya sedikit ‘teaser’ yang tular, namun peminat sudah jatuh cinta dan merasakan karya itu bakal mendapat sambutan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah