Pelakon Janna Nick membuat kejutan istimewa untuk rakan seperjuangannya Azar Azmi selepas sekian lama mereka tidak bertemu.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Nafi Buka Akaun Threads Palsu – ‘Saya Dekat Jepun, Macam Mana Pula Nak Buat Fake Account Dari UK?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Perlahankan Karier Demi Hormati Keputusan Mentua – ‘Saya Tak Nak Derhaka’
Perkongsian Janna
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Munner, 31, memuat naik video pertemuan mereka itu.
Janna dilihat menyembunyikan diri di sebalik dinding sebelum Azar membuka pintu dan kemudian mereka berpelukan dalam keadaan sebak.
Hari ini nak jumpa dengan kawan yang lama menghilang.
Geram aku, nak marah sebenarnya. Aku tak nak menangis.
Aku tak nak tanya kau apa-apa, hari ini kita makan sahaja.
Dalam masa yang sama, Janna meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa pelakon drama Nur 2 itu dan berharap agar dia tidak lagi menghilangkan diri selepas ini.
Saya tahu dia penat dengan semuanya, tapi dia tetap kuat semangat demi anak-anak.
Semoga Allah permudahkan urusan kau. Janji jangan lari dan hilang lagi, sayang kau.
Aku dah tunaikan janji aku untuk balik jumpa kau, jadi kau kena tunaikan janji kau juga.
Aku tak nak kau lalu jalan yang sama lagi.
Semoga Allah limpahkan rezeki kau, bagi peluang yang best untuk kau.
Terdahulu, Azar menjadi perhatian ramai selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman dan didakwa di mahkamah atas penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.
Namun, Azar telah dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan untuk kedua-dua kes tersebut.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Janna Nick & Azar Azmi Akhirnya Bertemu, Berpelukan & Tak Mampu Tahan Sebak – ‘Janji Jangan Hilang Lagi’ first appeared on OHBULAN!.





