Bersempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka, personaliti media sosial Liya Maisarah menerima hadiah istimewa berupa cincin berlian 4 karat daripada suaminya, Imran Vokey.
Artikel Berkaitan: Hampir 4 Tahun Menyulam Cinta, ‘Influencer’ Liya Maisarah Sah Bergelar Isteri Imran Vokey
Momen gembira

Liya yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya berkongsi momen tersebut di Threads.
Dalam pada itu, Liya turut memuat naik video menunjukkan jarinya memakai cincin berlian 4 karat pemberian suaminya.
Bagaimanapun itu, momen gembira itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen hingga mendapat perhatian Liya.
Kebanyakannya mendakwa suaminya terpaksa bekerja keras untuk menuruti kemahuannya yang dikatakan hidup mewah.
Liya kemudiannya menjelaskan dia bukanlah isteri seperti yang didakwa ramai.
Katanya, Imran seorang yang berkemampuan dan mampu membelikannya apa sahaja.
Ni cincin berlian 4 karat yang saya pertama kali kongsi di Threads. Boleh tanya suami saya ni jenis isteri yang macam mana.
Saya boleh nangis kalau tahu dia beli benda mahal. Kalau saya minta pun suami saya mampu.
Saya takkan minta yang suami tak mampu. Saya bukan kaki meminta, duit saya pun kepuk-kepuk.
Pun begitu, menerusi tinjauan , hantaran yang dibuat oleh Liya berkenaan dengan penjelasan itu telah dipadam sebentar tadi.
Sumber: Threads
The post Hadiah Cincin Berlian 4 Karat Jadi Pertikaian Netizen, Liya Maisarah Tegaskan Bukan Jenis Meminta Dari Suami – ‘Duit Saya Pun Kepuk’ first appeared on OHBULAN!.





