30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Grab Bersama Malaysia: Rakan Pemandu & Penghantar Grab Berarak Sempena Hari Kebangsaan 2025

    Shopee Sale

    Dalam semangat menyambut Hari Kebangsaan ke-68, Grab Malaysia kembali menyatukan wira-wira di sebalik platformnya iaitu rakan pemandu, rakan penghantar dan warga kerja dalam satu perarakan yang mencerminkan ketabahan, perpaduan dan inovasi rakyat Malaysia.

    Untuk tahun kedua berturut-turut, #GrabBersamaMalaysia menjadi simbol penghargaan Grab kepada komuniti pekerja gig yang telah memainkan peranan penting dalam membina ekonomi digital negara.

    Perarakan berskala besar di Putrajaya dan seluruh negara

    Kontinjen Grab yang diketuai oleh Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, terdiri daripada hampir 100 peserta di Putrajaya dan hampir 200 lagi di peringkat negeri termasuk Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan dan Pulau Pinang.

    Lebih membanggakan, Anthony Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab, turut hadir memberikan sokongan semasa raptai penuh pada 29 Ogos, sekaligus menyampaikan mesej penghargaan kepada para peserta.

    Menariknya, tahun ini, perarakan Grab menampilkan kisah-kisah luar biasa daripada rakan pemandu dan penghantar yang bukan sekadar mencari rezeki, malah memberi inspirasi.

    Niyaz Naathan bin Vellasamy

    Seorang rakan pemandu berkerusi roda yang sudah bersama Grab sejak 2018. Grab telah menjadi peluang untuk beliau menjana pendapatan secara berdikari, membina jaringan komuniti dan mencapai kestabilan kewangan.

    Chang Yoon Khim

    Seorang bapa dan OKU pekak, yang bersama isterinya – juga OKU – membesarkan empat orang anak dengan pendapatan hasil daripada Grab sejak tujuh tahun lalu. Kisah beliau menyentuh hati dan membuktikan kekuatan keluarga serta semangat tidak pernah menyerah.

    Teong Siew Queen

    Ibu tunggal dan pengguna kerusi roda ini turut merupakan Pengadil Antarabangsa Tahap 1 Para Powerlifting. Bagi beliau, Grab memberikan fleksibiliti dan peluang berdikari tanpa diskriminasi.

    Masnizah binti Marzukir

    Ibu tunggal kepada tujuh anak yang dahulunya bergelut dari segi kewangan. Sejak menyertai Grab sebagai rakan penghantar pada 2019, hidupnya berubah. “Saya tidak lagi perlu berhutang untuk pastikan anak-anak cukup makan,” kongsinya.

    Komuniti Grab: Saling membantu, membangun bersama

    Selain menjana pendapatan, warga Grab juga aktif menyumbang kepada komuniti melalui pelbagai peranan.

    MENARIK:  Azlee Senario Kongsi Jasa Arwah Jalil Hamid, Sifatkan Kehilangan Yang Berharga Dalam Industri – ‘Banyak Ajar Teknik Lakonan’

    Antara individu yang menyerlah dalam komuniti Grab termasuklah Shanlee Tan bin Shamsuri Tan, seorang rakan pemandu yang juga merupakan ahli Rakan Representative Committee (RRC). Beliau membantu dan membimbing pemandu baharu agar lebih yakin dan berinformasi. “Menjadi sebahagian daripada Grab membolehkan saya berkembang dan memberi semula kepada komuniti,” katanya.

    Turut menyumbang di sebalik tabir ialah Fun Kheng Yuen, seorang rakan pemandu dari Ipoh yang membantu dalam pemetaan GrabMaps dengan lebih 143,000 tempat menarik di seluruh Semenanjung Malaysia, menyokong keterlihatan perniagaan tempatan serta memperkukuh sambungan komuniti.

    Dalam aspek keselamatan pula, Naomi Sundrasaykarum, Ketua Keselamatan Platform Serantau Grab, terus komited memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjaga. “Pada Hari Kebangsaan ini, saya berjanji untuk terus mempertingkatkan keselamatan platform untuk semua,” ujarnya.

    Penyertaan kakitangan GXBank & Jaya Grocer

    Selain Grab, kakitangan dari syarikat berkaitan seperti GXBank dan Jaya Grocer turut menyertai perarakan di Putrajaya. Ini mencerminkan semangat kolaborasi dalam membina masa depan yang lebih mampan dan inklusif.

    Lebih menarik, bagi pengunjung sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, Grab turut menyediakan booth khas dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk:

    • Cabutan bertuah
    • Barangan eksklusif
    • Baucar percuma

    Semua ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menjadi nadi kepada platform ini.

    ‘Keranamu Malaysia’, dari Grab untuk semua

    Mengangkat tema Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, Grab melalui inisiatif ‘Keranamu Malaysia’ ingin menonjolkan insan-insan di sebalik setiap perjalanan, setiap penghantaran, dan setiap inovasi teknologi.

    “Pada Hari Kebangsaan ini, kami meraikan mereka, rakan pemandu, rakan penghantar dan pasukan kami yang telah menjadi tulang belakang kemajuan ekonomi digital negara,” ujar Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

    #GrabBersamaMalaysia bukan sekadar perarakan tetapi ia adalah penghormatan kepada rakyat yang bekerja keras setiap hari demi masa depan yang lebih cerah untuk diri mereka dan Malaysia.

    The post Grab Bersama Malaysia: Rakan Pemandu & Penghantar Grab Berarak Sempena Hari Kebangsaan 2025 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah